Wanita Dakwa ‘Diganggu’ Anggota Polis Menerusi Whatsapp Tampil Buat Laporan Polis

Sejak semalam tular di laman Twitter dimana seorang wanita mendakwa dia telah digangu oleh seorang anggota polis yang menghubungi melalui aplikasi Whatsapp.

Menerusi hantaran di laman Twitternya, wanit tersebut menjelaskan dia mula dihubungi anggota polis berkenaan selepas membuat permohonan merentas negeri di sebuah balai polis di Kuala Lumpur

Menurutnya terdapat dua kesalahan yang dilakukan anggota polis berkenaan iatu menyalahgunakan maklumatnya di bawah akta PDPA dan menganggu isteri seseorang.

Jelas wanita itu lagi, dia sebelum itu sudahpun memaklumkan kepada anggota polis yang bertugas bahawa dia akan merentas negeri bersama suaminya.

Tindakan anggota polis berkenaan menurutnya ada lah berani walhal maklumat yang dia salurkan sebelum itu sudahpun menjelaskan statusnya sebagai isteri orang. MAlah menurut wanita itu lagi kehadirannya kesana juga ditemani si suami.

Kisah tersebut kemudian menarik perhatian ramai warga Twitter sehingga ia mula tular ke laman media sosial lainnya termasuk Facebook dan instagram.

Sudah buat laporan di Balai Polis Gombak

Terbaru wanita berkenaan difahamkan sudahpun membuat satu laporan polis berhubung dakwaannya itu.

Mengesahkan perkara tersebut, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah wanita berkenaan sudah membuat laporan pada hari selasa sekitar jam 730 malam.

“Pada 29 Jun 2021, pihak Polis telah mengesan satu isular di Twitter berkenaan seorang wanita yang mendakwa dirinya dihubungi oleh anggota Polis melalui aplikasi Whatsapp”

“Menurut posting yang dimuat naik wanita berusia 26 tahun itu, dia memaklumkan ke Balai Polis Setapak untuk memohon kebenaran merentas negeri sebelum dihubungi seorang anggota polis.

“Kami dimaklumkan wanita berkenaan yang juga penganalisis pelaburan sudah membuat laporan berhubung perkara itu di Balai Polis Gombak jam 7.30 malam hari ini dan dia akan diambil keterangan oleh pegawai penyiasat dalam masa terdekat.

“Pada masa sama, kami berjaya mengenal pasti anggota polis yang didakwa menghubungi wanita berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Isu berkenaan kini dalam siasatan JIPS Kuala Lumpur

Sehubungan itu Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur sudah pun mula menjalankan siasatan berhubung isu berkenaan.

Tambahnya lagi, polis tidak akan melindungi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana anggotanya yang didapati melakukan kesalahan.

“Pihak polis tidak akan melindungi mana-mana pegawai atau anggota melakukan sebarang salah laku dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang didapati melakukan kesalahan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di talian 03-92899222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

14 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

15 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

15 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

16 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

19 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

19 hours ago