‘Panas’ Isu Kesesakan Di CAC, KKM Mohon Maaf & Perjelaskan Apa Yang terjadi

Baru-baru ini, kecoh di media sosial berkenaan ketidakpuasan hati netizen terhadap kenyataan KKM mengenai foto viral Pusat Penilaian Covid-19 yang sangat sesak dan orang ramai beratur panjang yang dikatakan palsu dan tidak benar.

Susulan itu, pihak KKM telah tampil membuat kenyataan semula dan memohon maaf di atas  kekeliruan yang berlaku dan menimbulkan salah faham orang ramai.

Menurut KKM, terdapat sedikit kekeliruan dan salah faham mengenai apa sebenarnya yang terjadi di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Stadium Malawati, Shah Alam.

Foto: FB
Foto: FB

Pagi keadaan lengang tapi mula sesak sewaktu petang

Jelas mereka keadaan disana pada waktu pagi adalah lengang namun beransur sesak bermula tengahari.

Selain itu menurut mereka, sebilangan besar pesakit Covid-19 yang berada disana juga adalah dari kategori 1 dan 2.

Berlaku sedikit kekeliruan berkenaan situasi sebenar di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di Stadium Malawati, Shah Alam yang dimuatnaik, semalam.

Ketiga-tiga gambar yang dikongsikan KKM adalah diambil pada hari yang sama Khamis, 8 Julai 2021. Situasi di sebelah pagi adalah terkawal dan lengang. Namun, situasi mula sesak pada waktu tengahari dengan kehadiran positif Covid-19 untuk penilaian lanjut.

Sebahagian besar pesakit COVID-19 pada hari berkenaan dari kategori 1 dan 2.

Justeru bagi mengelakkan kejadian sama berulang,KM menasihati agar orang ramai supaya datang di sebelah pagi . Mereka dalam masa sama turut memohon maaf diatas kekeliruan yang timbul sebelum ini.

Orang awam beri kenyataan sebelum ini

Terdahulu, beberapa individu di Twitter menafikan dakwaan KKM bahawa foto tular mengenai kesesakan Pusat Penilaian Covid-19, Stadium Melawati Shah Alam adalah palsu,

Sebaliknya mereka mendakwa mereka berada tempat tersebut sekaligus cuba membuktikan apa yang tular di media sosial adalah benar.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Suami Pengasuh Ditahan, Dipercayai Umpan Budak 11 Tahun Dengan Video Lucah Sebelum Liwat

Menurut KPD Alor Gajah, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3…

13 hours ago
  • News
  • Trending

Isu Penularan Berita Palsu, Chatbot WhatsApp Bakal Diperkenal – Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi menjelaskan MCMC bakal bekerjasama dengan platform Meta bagi mewujudkan chatbot tersebut.

13 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelanggan Meninggal Dunia Selepas Makan Shawarma, Polis Tahan 2 Peniaga

Pemuda berkenaan dilaporkan telah membeli shawarma ayam berkenaan pada 3 Mei sebelum berasa sakit perut…

14 hours ago
  • Trending

Atuk Beli Kuih Untuk Cucu Tapi Tak ‘Offer’ Dekat Anak Sendiri Buat Ramai Terhibur [Video]

Menerusi video tersebut, bapa wanita itu dilihat langsung tidak menoleh dan hanya menawarkan kuih yang…

14 hours ago
  • Trending

“Pelapis Negara” – Kelincahan Budak 6 Tahun Bermain Badminton Curi Tumpuan Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, adik Abu Dabith juga dilihat bijak mengatur strategi dengan menghantar bulu tangkis…

15 hours ago
  • Info
  • Trending

Tak Perlu Cuit Bahu! Ini Cara Untuk Beritahu Orang Lain Untuk Dijadikan Imam [Video]

Menurut lelaki berkenaan, seseorang yang ingin menjadi makmum hanya perlu berdiri bersebelahan individu berkenaan dan…

15 hours ago