Sebelum ini, pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam memaklumkan bahawa dirinya serta tujuh ahli anggota keluarganya disahkan positif wabak Covid-19. Malah, tiga orang pembantu rumahnya juga disahkan positif Covid-19.
Menerusi live di Instagramnya semalam, pelakon wanita berkenaan menceritakan situasi dimana suaminya mengalami sesak nafas dan oksigen rendah disebabkan oleh virus tersebut.
Dalam video berkenaan, Rebecca turut memberitahu bahawa dia tidak berani untuk menghantar suaminya ke hospital kerajaan ataupun pusat kuarantin MAEPS kerana risau akan keadaan disana yang sangat sesak dan penuh.
Saya sangat takut nak bawa mereka semua ke pusat kuarantin. Semalam, suami saya tiba-tiba sesak nafas dan dia disahkan stage 4 dan 5 disebabkan virus ni.
Tambahnya, mereka sekeluarga telah menjalani tempoh kuarantin di dalam rumah selepas disahkan positif Covid-19. Akan tetapi, pada tengah hari kelmarin suaminya mengalami kesukaran untuk bernafas.
Susulan itu, keluarga mentuannya telah menghubungi ambulans untuk mengambil suaminya dalam keadaan segera.
Rebecca turut menceritakan pengalaman sepanjang perjalanan ke hospital tersebut. Dia dimaklumkan perlu menunggu beberapa jam di tepi jalan kerana hospital tersebut terlalu penuh.
Malah, kesemua hospital swasta lain juga terlalu padat dan tidak menerima kemasukan pesakit. Tambahnya, senarai menunggu juga terlalu ramai sehingga mencecah angka beratus orang.
Hampir dua jam duduk dalam ambulans sebab hospital penuh. Hospital private juga tak mahu menerima pesakit kerana mereka juga terlalu penuh. Waiting list mereka ada yang hampir 150 orang. Semua hospital private di Kuala Lumpur dan Selangor semalam saya call tutup. Saya amat takut sangat semalam.
“Alhamdulillah, Allah bagi petunjuk semalam. Saya teringat seorang rakan memberitahu tentang Royal Chulan Hotel Kuala Lumpur yang juga ada menempatkan pesakit positif Covid-19 dan mempunyai doktor yang merawat. Saya cakap dekat ambulans terus ke sana Sekurangnya, suami dapat oksigen dan jumpa doktor.” Ujar Rebecca yang sebak mengimbau kembali pengalaman cemas itu.
Tujuan saya live ini saya nak bagitahu kepada anda semua bahawa covid ni memang jahat gila. Dia merebak terlalu cepat. Anda semua sila jaga diri baik-baik, jangan keluar rumah. Kepada kerajaan, lebih baik total lockdown. Kalau tak, semakin ramai yang sakit, mati dan kehilangan orang tersayang.
Di akhir live tersebut juga, Rebecca turut memberitahu pada hari tersebut dia terpaksa menelefon ambulans untuk mengambil pembantu rumahnya pula. Jelas pelakon wanita itu, pembantu rumahnya mengalami kesukaran untuk bernafas dan memerlukan oksigen.
Rebecca turut berharap agar semua rakyat Malaysia kekal duduk di rumah dan menjaga diri masing-masing. Dia juga turut meminta orang ramai supaya mendoakan seluruh keluarga dan pembantunya sihat semula.
Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…
Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…
Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…
Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…
Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…
Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.