fbpx
Now Reading
“Hospital Semua Penuh”- Suami Sesak Nafas Akibat Covid, Rebecca Cerita Detik Cemas Semasa Perjalanan Ke Hospital

“Hospital Semua Penuh”- Suami Sesak Nafas Akibat Covid, Rebecca Cerita Detik Cemas Semasa Perjalanan Ke Hospital

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam memaklumkan bahawa dirinya serta tujuh ahli anggota keluarganya disahkan positif wabak Covid-19. Malah, tiga orang pembantu rumahnya juga disahkan positif Covid-19.

Foto: BH

Suami sesak nafas dan kekurangan oksigen

Menerusi live di Instagramnya semalam, pelakon wanita berkenaan menceritakan situasi dimana suaminya mengalami sesak nafas dan oksigen rendah disebabkan oleh virus tersebut.

Dalam video berkenaan, Rebecca turut memberitahu bahawa dia tidak berani untuk menghantar suaminya ke hospital kerajaan ataupun pusat kuarantin MAEPS kerana risau akan keadaan disana yang sangat sesak dan penuh.

Saya sangat takut nak bawa mereka semua ke pusat kuarantin. Semalam, suami saya tiba-tiba sesak nafas dan dia disahkan stage 4 dan 5 disebabkan virus ni.

Tambahnya, mereka sekeluarga telah menjalani tempoh kuarantin di dalam rumah selepas disahkan positif Covid-19. Akan tetapi, pada tengah hari kelmarin suaminya mengalami kesukaran untuk bernafas.

Susulan itu, keluarga mentuannya telah menghubungi ambulans untuk mengambil suaminya dalam keadaan segera. 

Rebecca turut menceritakan pengalaman sepanjang perjalanan ke hospital tersebut. Dia dimaklumkan perlu menunggu beberapa jam  di tepi jalan kerana hospital tersebut terlalu penuh.

Foto: IG Live Rebecca

Hospital terlalu penuh, tak terima pesakit

Malah, kesemua hospital swasta lain juga  terlalu padat dan tidak menerima kemasukan pesakit. Tambahnya, senarai menunggu juga terlalu ramai sehingga mencecah angka beratus  orang.

Hampir dua jam duduk dalam ambulans sebab hospital penuh. Hospital private juga tak mahu menerima pesakit kerana mereka juga terlalu penuh. Waiting list mereka ada yang hampir 150 orang. Semua hospital private di Kuala Lumpur dan Selangor semalam saya call tutup. Saya amat takut sangat semalam.

“Alhamdulillah, Allah bagi petunjuk semalam. Saya teringat seorang rakan memberitahu tentang Royal Chulan Hotel Kuala Lumpur yang juga ada menempatkan pesakit positif Covid-19 dan mempunyai doktor yang merawat. Saya cakap dekat ambulans terus ke sana Sekurangnya, suami dapat oksigen dan jumpa doktor.” Ujar Rebecca yang sebak mengimbau kembali pengalaman cemas itu.

Foto: IG Live Rebecca

Tujuan saya live ini saya nak bagitahu kepada anda semua bahawa covid ni memang jahat gila. Dia merebak terlalu cepat. Anda semua sila jaga diri baik-baik, jangan keluar rumah. Kepada kerajaan, lebih baik total lockdown. Kalau tak, semakin ramai yang sakit, mati dan kehilangan orang tersayang.

Di akhir live tersebut juga, Rebecca turut memberitahu pada hari tersebut dia terpaksa menelefon ambulans untuk mengambil pembantu rumahnya pula. Jelas pelakon wanita itu, pembantu rumahnya mengalami kesukaran untuk bernafas dan memerlukan oksigen.

“Tolong duduk di rumah”

Rebecca turut berharap agar semua rakyat Malaysia kekal duduk di rumah dan menjaga diri masing-masing. Dia juga turut meminta orang ramai supaya mendoakan seluruh keluarga dan pembantunya sihat semula.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.