“Dia Menjaja Sebab Bosan” – Akui Tidak Hidup Susah, Suami Nenek Tular Perjelas Keadaan Sebenar

Sejak semalam tular di media sosial kisah seorang nenek yang ditemui sedang meniaga menjual asam keping di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu.

Mula tular selepak dikongsikan di laman TikTok, video kemudian mula tular dan sohor di platform lain kerana ramai yang bersimpati dengan nasib warga emas berusia 87 tahun yang disifatkan sudah terlalu berumur untuk berniaga.

Malah ramai bersimpati selepas beliau dikhabarkan datang dari pekan Selinsing dan ke Kota Bharu semata-mata untuk berniaga.

@hanifasyraf1

Jauh2 mek ni datang demi mencari sesuap nasi 😭 Allahuakbar , Kau berikanlah kesihatan yg sempurna untk mek ni ##sedekah

♬ bunyi asal – Hanif Asyraf
@hanifasyraf1

Ok part 2 😭 nnti saya cari balik makcik ni #sedekah #indonesia #thailand

♬ bunyi asal – Hanif Asyraf

Namun tidak lama kemudiannya, tampil beberapa individu mendakwa kehidupan makcik tersebut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangkakan.

Malah ada dakwaan yang mengatakan nenek tersebut sebenarnya sudah menerima bantuan sehingga puluhan ribu ringgit.

Perkongsian tersebut kemudiannya mendapat pelbagai reaksi dari orang dimana ada yang berpendapat mungkin beliau sudahpun nyanyuk atau dipergunakan oleh ahli keluarganya.

Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, suami kepada nenek tersebut kemudiannya tampil memperbetulkan salah tanggapan orang ramai

Menjaja kerana hobi dan bosan meskipun sudah dilarang

Menurut Abdullah Jusoh, 66 isterinya, Che Munah sebenarnya menjaja kerana kebosanan. Malah dakwaan yang mereka tidak cukup makan adalah tidak tepat dimana mereka telah mendapat bantuan yang mencukup untuk menanggung keperluan harian mereka dari beberapa agensi kerajaan iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik)

“Dia pergi menjaja sebab bosan, kami pun dapat bantuan setiap bulan.

“Saya larang pun, dia tetap pergi juga. Dia akan minta bantuan penduduk untuk menghantarnya ke pekan Selinsing, dan kemudian menaiki teksi untuk ke Kota Bharu.

“Dia keluar menjaja setiap hari kecuali Rabu dan akan pulang ke rumah pada 12 tengah hari,” katanya dipetik dari Harian Metro.

Sebelum ini kisah mereka pernah tular

Menurut Abdullah lagi, kisah Che Munah sebelum ini juga pernah tular sehingga mendapat bantauan dari orang ramai yang prihatin. Namun dia meminta orang ramai sekiranya bersimpati cukuplah untuk datang menziarahi mereka dan bertanya khabar.

“Sebelum ini kisah isteri pernah tular, malah kami dapat banyak bantuan termasuk menerusi akaun bank isteri. Sejak Oktober lalu, kami buat keputusan tak guna kad bank sebaliknya isteri buat buku simpanan dan ambil duit dengan menggunakan cap jari.

“Saya juga nak terangkan kepada pihak yang prihatin dengan kami, kalau simpati, cukuplah datang jumpa kami sendiri untuk tanya khabar.

Tak salah kan mana-mana pihak

“Saya tak salahkan mana-mana pihak, memang kalau menjaja pun, hasilnya tidak seberapa, tetapi ramai yang beli sebab simpati atau bagi derma.

“Kami hanya tinggal berdua dan saya pasti Che Munah keluar menjaja sebab nak hilangkan rasa sunyi, malah kami turut memelihara lapan ekor kucing sebagai peneman,” katanya.

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

3 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

11 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago