“Tak Dapat Beli Beras Kalau Topup Phone”, Pelajar Luah Cabaran PdPR Buat Ramai Sebak

Tidak dinafikan, sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) yang dilaksanakan semasa pandemik Covid-19 memberi cabaran kepada sesetengah guru dan para pelajar.

Apatah lagi, bagi mereka yang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan peranti atau alat komunikaso yang lengkap untuk menyertai kelas online.

Sama seperti kisah yang dikongsikan oleh pengguna bernama @nswtll di laman Twitter. Ia memaparkan tangkap layar perbualan Whatsapp anak murid ibunya yang mengalami masalah berkaitan PdPR.

Pada awalnya, murid tersebut memaklumkan bahawa kuota internetnya akan tamat pada hari tersebut.

Mengalami masalah kewangan

Malah, murid berkenaan turut memberitahu bahawa keluarganya tak mampu untuk melanggan kuota internet yang baharu memandangkan masalah kekurangan wang.

Menurutnya, gaji ayahnya tidak banyak dan perlu digunakan untuk membayar sewa rumah dan perniagaan kecil-kecilan ibunya juga tak dapat pulangan yang memberangsangkan.

Foto: Twitter

Selain itu, murid tersebut memohon agar gurunya menghantar tugasan melalui Whatsapp kerana dia hanya menggunakan internet percuma yang disediakan oleh kerajaan dan tidak dapat menyertai Google Meet.

Turut memohon maaf kepada gurunya

Malah, dia kelihatan serba salah dengan permohonannya itu turut memohon maaf kepada gurunya kerana membuat permintaan sedemikian.

Foto: Twitter

Lebih menyedihkan, murid berusia 15 tahun tersebut turut mendakwa bahawa mereka tidak dapat membeli beras sekiranya duit itu digunakan untuk menyambung kuota internet yang baru. Difahamkan, keluarga murid tersebut sedang menunggu bantuan bulanan daripada pihak zakat.


Buat anda yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah hulurkan sumbangan ke akaun milik ibu adik ini iaitu 1011241000078841 nurazean binti abu bakar (BSN) seperti yang dikongsikan pengguna Twitter ini di bawah.

Meninjau ke ruangan balas, rata-rata netizen turut tersentuh dan sebak dengan kesungguhan  murid tersebut dalam menimba ilmu walaupun menghadapi pelbagai rintangan.

Bahkan, ramai juga yang dilihat ingin membantu dan menghulurkan sumbangan kepadanya.

“Sangat beradab, semoga dipermudahkan urusan”

“Effort dia nak belajar tu”

“Nak tolong topupkan”

“Semoga berjaya dunia dan akhirat”

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

7 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

15 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago