“Tak Dapat Beli Beras Kalau Topup Phone”, Pelajar Luah Cabaran PdPR Buat Ramai Sebak
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tidak dinafikan, sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) yang dilaksanakan semasa pandemik Covid-19 memberi cabaran kepada sesetengah guru dan para pelajar.
Apatah lagi, bagi mereka yang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan peranti atau alat komunikaso yang lengkap untuk menyertai kelas online.
Sama seperti kisah yang dikongsikan oleh pengguna bernama @nswtll di laman Twitter. Ia memaparkan tangkap layar perbualan Whatsapp anak murid ibunya yang mengalami masalah berkaitan PdPR.
Pada awalnya, murid tersebut memaklumkan bahawa kuota internetnya akan tamat pada hari tersebut.
Mengalami masalah kewangan
Malah, murid berkenaan turut memberitahu bahawa keluarganya tak mampu untuk melanggan kuota internet yang baharu memandangkan masalah kekurangan wang.
Menurutnya, gaji ayahnya tidak banyak dan perlu digunakan untuk membayar sewa rumah dan perniagaan kecil-kecilan ibunya juga tak dapat pulangan yang memberangsangkan.
Selain itu, murid tersebut memohon agar gurunya menghantar tugasan melalui Whatsapp kerana dia hanya menggunakan internet percuma yang disediakan oleh kerajaan dan tidak dapat menyertai Google Meet.
Turut memohon maaf kepada gurunya
Malah, dia kelihatan serba salah dengan permohonannya itu turut memohon maaf kepada gurunya kerana membuat permintaan sedemikian.
Lebih menyedihkan, murid berusia 15 tahun tersebut turut mendakwa bahawa mereka tidak dapat membeli beras sekiranya duit itu digunakan untuk menyambung kuota internet yang baru. Difahamkan, keluarga murid tersebut sedang menunggu bantuan bulanan daripada pihak zakat.
Buat anda yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah hulurkan sumbangan ke akaun milik ibu adik ini iaitu 1011241000078841 nurazean binti abu bakar (BSN) seperti yang dikongsikan pengguna Twitter ini di bawah.
Meninjau ke ruangan balas, rata-rata netizen turut tersentuh dan sebak dengan kesungguhan murid tersebut dalam menimba ilmu walaupun menghadapi pelbagai rintangan.
Bahkan, ramai juga yang dilihat ingin membantu dan menghulurkan sumbangan kepadanya.