“Cara Nadir Matang” – Caprice Sahkan Akan Anjur Sesi IG Live Jam 10 Malam Ini

Penyanyi rap dan usahawan, Caprice hari ini memuji penjelasan yang diberikan pengasas Pertubuhan Cinta Gaza Malaysia (CGM) Nadir Al-Nuri di Telegramnya berhubung isu misi kemanusiaan di Gaza yang sedang hangat diperkatakan rakyat Malaysia.

Mengakui Nadir lebih matang dalam membuat penjelasan berbanding caranya yang lebih beremosi dan gagal mengawal kemarahan, Caprice bagaimanapun bersyukur kerana banyak belajar dari kesilapannya dan dari apa yang terjadi.

Menerusi beberapa hantaran IG Story-nya, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Bin Ramli yang membalas permohonan maaf orang ramai turut memohon maaf diatas apa yang telah berlaku sebelum ini.

“Cara Nadir Al Nuri matang, cara caprice salah sebab terlalu dengan emosi dan marah.”

“Ahamdulillah juga sebab sejak kita viral, Caprice banyak belajar tentang kesabaran, perjuangan dan Palestin” tulisnya di IG- story.

Pengasas aplikasi Mengaji.Com itu dalam masa turut mendedahkan akan meneruskan penganjuran sesi IG live nya pada malam ini.

Jumpa anda semua pada pukul 10 malam ini di IG Live

Meskipun tidak menjelaskan tujuan pengajuran sesi IG live tersebut, ramai yang berpendapat ianya berkait dengan pelan asalnya untuk mendedahkan apa sebenarnya yang terjadi di sana.

Dia dalam masa sama turut berharap apa sahaja yang bakal diperkatakan malam ini akan terus menutup kontroversi tesebut yang sudah berlanjutan lebih dari 1 minggu.

“Harap-harap selepas sesi malam ini, Caprice harap kita dapat tutup buku dan jalan terus kedepan” tulis caprice.

“Saya belajar banyak daripada kesilapan dan sangat bersyukur dengan perjalanan ini,” katanya lagi.

Namun tiada maklumat adakah sesi tersebut akan berlangsung bersama 2 tetamu ‘khas’ yang dimaklumkan sebelum ini dan adakah ianya akan turut disertai Nadir sendiri.

Apa-apa pun kami doakan semoga hubungan kesemua mereka termasuk bersama Ustaz Ebit Lew akan kembali pulih seperti sediakala.

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

11 mins ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

35 mins ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

44 mins ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

2 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

3 hours ago