Lelaki Rakam & Provok Polis Isu Tak Pakai ‘Face Mask’ Di Stesen Minyak Direman 4 Hari

Sejak semalam tular di media sosial satu video memperlihatkan seorang lelaki dikompaun kerana tidak mengenakan pelitup muka sewaktu berada di stesen minyak di Sri Damansara

Menerusi video berdurasi 15:42 saat yang dirakam individu berkenaan, lelaki tersebut dilihat cuba menafikan kesalahannya dengan menjelaskan yang dia hanya datang ke sana untuk mengisi minyak.

Namun tindakannya membuat video secara langsung di Facebook (FB) sehingga ianya tular bagaimanapun hanya mendapat kecaman orang ramai memandangkan ramai berpendapat jelas terbukti yang dia telah melakukan satu kesalahan iaitu tidak mengenakan pelitup muka di tempat awam.

Hina anggota polis

Lebih menimbulkan kemarahan orang ramai apabila dia yang masih meneruskan rakaman sewaktu memandu pergi bagaimanapun mula mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina anggota-anggota polis terbabit.

Mana punya mahluk asing ni?

Namun malam tadi, pemuda berusia 29 tahun tersebut sudahpun ditahan pihak berkuasa di rumahnya, di sebuah apartmen di Bandar Sri Damansara, pada jam sekitar 10 malam.

Video sewaktu penahannya turut tular selepas ia dipercayai dimuat naik individu itu sendiri.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fahkrudin Abdul Hamid, menerusi satu kenyataan media kemudian memaklumkan polis akan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini untuk siasatan lanjut.

Direman 4 hari

Terbaru sebentar tadi, Mahkamah Majistret Petaling Jaya telah mengeluarkan perintah reman empat hari terhadap lelaki tersebut bagi membantu siasatan kes provokasi polis.

Mohamad Fakhrudin berkata reman terhadap bermula hari ini, 21 Julai sehingga Sabtu depan.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 188, 504, 505 (b) Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

ww

Recent Posts

  • News
  • Trending

Anjing Kejar Budak Hingga Nyaris Digilis Berjaya Ditangkap MPM, Rupanya Haiwan Bertuan

Menurut pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM), anjing yang mengejar kanak-kanak berkenaan mempunyai permit dari MPM…

3 hours ago
  • Trending

“Misi Cari Makan Free” – Lelaki Didakwa Main Terjah Majlis Kenduri Kahwin Tanpa Dijemput [Video]

Tindakan dua lelaki berkenaan yang didakwa melakukan 'wedding crash' telah mengundang kecaman ramai.

4 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…

5 hours ago
  • Trending

Pelanggan Terkejut Ada Katak Dalam Lemang [Video]

Menerusi video, pelanggan kelihatan seperti tidak mempercayai terdapat bangkai katak di dalam lemang yang baru…

5 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago