Lain Dari Biasa, Pelanggan Dari KL Guna Helikopter Ambil 36 Bungkus Nasi Ganja Ipoh

Mereka yang menetap di Ipoh atau pernah ke sana, pasti cukup familiar dengan ‘Nasi Ganja Ipoh’.

Disebabkan pelaksanaan PKP dan larangan merentas negeri / daerah yang dikuatkuasakan ketika ini, ramai penggemar makanan tersebut dari kawasan luar terpaksa melupakan hasrat mereka untuk mendapatkannya.

Namun situasi berbeza pagi tadi apabila sebuah helikopter milik sebuah syarikat swasta telah mendarat di Padang Ipoh pada pagi tadi untuk mengambil pesanan 36 bungkus ‘nasi ganja’ untuk dihantar ke Kuala Lumpur.

Menerusi laporan Awani, jurucakap restoran nasi ganja itu berkata pihaknya telah menerima tempahan 36 bungkus nasi berlauk ayam, daging, telur masin dari pelanggan di Kuala Lumpur.

Mengakui pada mulanya ragu-ragu, dia bagaimanapun terkejut selepas tempahan makanan memang benar-benar diambil menggunakan helikopter.

“Saya agak ragu-ragu juga kerana tidak pernah ada pelanggan yang mengambil tempahan dengan menaiki helikopter.

“Namun saya terkejut kerana rupa-rupanya tempahan makanan memang benar diambil menggunakan helikopter.

“Ini pertama kali tempahan diambil oleh pelanggan menggunakan helikopter. Ia saya sifatkan tempahan yang diambil dengan cara paling mewah yang pernah saya terima tetapi harga jualan tetap sama iaitu RM10 setiap bungkus,” katanya.

@501awani

Ambil 36 bungkus 'nasi ganja' dengan helikopter ##TikTokNews ##FYP ##AWANInews

♬ original sound – 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾

Dalam pada itu, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid turut mengesahkan mengesan pendaratan helikopter itu berkata, semakan yang dilakukan dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Ipoh bagaimanpun mendapati helikopter tersebut hanya mendapat kebenaran untuk mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), Ipoh.

“Helikopter tersebut didapati mendarat di Padang Ipoh pada pukul 9.55 hingga 10.15 pagi ini.

“Helikopter tersebut tidak mendapat kebenaran mendarat di Padang Ipoh. Kita sudah salurkan info ini kepada pihak CAAM Ipoh,” katanya ketika media hari ini.

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

8 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

15 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago