Ustaz Abu Syafik Pula Dakwa Dirinya Difitnah Team UEL, Rancang Ambil Tindakan Undang2

Belum pun reda dengan isu membabitkan 3 aktivis terkenal Ustaz Ebit Lew, Nadir Al Nuri dan Caprice  kini muncul pula satu lagi isu hangat apabila melibatkan penceramah bebas, s Ustaz Abu Syafiq.

Abu Syafiq Al-Asy’ary menerusi instagram mendakwa dia telah difitnah oleh beberapa ahli pasukan Ustaz Ebit Lew.

Dia yang tampil menerusi satu video mendedahkan bakal membuat laporan polis seterusnya mengambil tindakan undang-undang terhadap isu tersebut.

“Saya telah difitnah teruk dengan fitnah yang tidak benar oleh beberapa orang daripada team ustaz Ebit Lew sendiri, tetapi bukan Ustaz Ebit Lew.

“Saya tidak mahu menyebut nama, tetapi saya akan buat report polis dan tindakan undang-undang sekiranya hal ini tidak dapat diselesaikan dengan cara baik,”katanya

Mengulas lebih lanjut dia berkata antara fitnah yang dilemparkan kepadanya iaitu dia menghina kerja amal dan mengkafirkan Ebit Lew. Menurutnya tuduhan yang dilemparkan sangat berat sehingga mencalarkan imejnya sebagai seorang pendakwah.

“Saya mengkaji dan melihat, rupa-rupanya dalam team ustaz Ebit Lew itu ada beberapa orang yang telah menyebarkan fitnah itu terhadap saya, bukan Ustaz Ebit Lew.

“Kerja amalnya saya sokong dan kerja-kerja dakwahnya saya tidak ada masalah kerana beliau tidak membawa mana-mana ajaran yang menyimpang serta memperjuangkan Ahli Sunnah Wal Jamaah,” ujarnya lagi.

Dakwanya lagi, dia juga sudah menegur individu tersebut namun dia enggan memohon maaf.

“Salah seorang daripada ‘teamnya’ akui telah memfitnah saya. Tetapi dia tidak mahu memohon maaf.

“Apabila dia memfitnah dan melaga-lagakan saya tanpa saya berjumpa dengan Ustaz Ebit Lew, tiba-tiba melagakan saya. Bagaimana setelah dia memfitnah saya, dia tidak mahu memohon maaf,” katanya lagi,

Saya digelar dengan lebih teruk dari itu?

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

1 day ago