Sekumpulan Saintis Temui Virus Purba Dari Sampel Ais Di Tibet

 Sekumpulan penyelidik dari Ohio State University mendakwa telah menemui puluhan virus purba didalam dua sample ais yang diambil dari Dataran Tinggi Tibet, China.

Menerusi laporan penyelidikan yang diterbitkan mereka berhubung penemuan microbes tersebut, pasukan saintis berkenaan menjangkakan kesemua virus tersebut sudah membeku sekurang-kurangnya selama 14,400 tahun.

Hasil analisa mereka terhadap sampel ais berkenaan yang sebelum ini diambil dari Tibet pada 2015, mereka kemudian menemui kod genetik untuk 33 virus.

Namun lebih mengejutkan dimana hanya 4 dari kesemua virus berjaya dikenalpasti dimana ia merupakan sebahagian daripada keluarga virus yang biasanya menjangkiti bakteria.

Bakinya iaitu 28 kod genetik lain pula didapati adalah novel, iaitu virus yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Foto sekadar hiasan

“Glasier ini terbentuk secara beransur-ansur bersama dengan debu dan gas, banyak virus yang tersimpan di dalam ais itu.

“Glasier tersebut yang terletak di barat China itu tidak dikaji dengan baik, kami menggunakan maklumat ini untuk mencerminkan persekitaran masa lalu dan virus merupakan sebahagian daripada persekitaran tersebut,” kata Zhi-Ping Zhong, penyelidik di Ohio State University Byrd Polar and Climate Research Center.

Mereka dalam masa sama percaya bahawa virus yang terselamat kerana dibeku bersama glasier itu berasal dari dari tanah atau tumbuhan, bukan dari haiwan atau manusia.

“Ia mungkin virus yang berkembang dalam lingkungan yang ekstrem, bukan itu sahaja, ia mempunyai tanda-tanda gen yang membantunya menjangkiti sel di persekitaran yang sejuk,” kata pengarang bersama kajian yang juga pengarah Pusat Sains Mikrobioma Ohio State, Matthew Sullivan.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

16 hours ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

1 day ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

1 day ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

1 day ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

1 day ago