Ratusan Doktor Sertai Perhimpunan Aman Gerakan Hartal Doktor Kontrak Di Seluruh Negara

Sejak tengahari tadi, tular di media sosial puluhan foto memperlihatkan kumpulan doktor- doktor mengadakan perhimpuan aman Gerakan Hartal Doktor Kontrak di ruangan hospital hampir di seluruh negara.

Difahamkan perhimpunan tersebut diadakan serentak di semua fasiliti kesihatan kerajaan di seluruh negara sekitar jam 10.30 pagi tadi dengan tujuan dua perkara iaitu menerima doktor kontrak sebagai pegawai tetap di KKM dan diberi peluang melanjutkan pelajaran.

Menurut BH, segelintir dari doktor kontrak terlibat yang tidak bertugas difahamkan bergerak meninggalkan fasiliti kesihatan, manakala mereka yang masih bertugas akan menunjukkan solidariti dengan mempamerkan plakad, pada waktu yang sama

50 doktor kontrak di HKL

Di HKL sahaja, terdapat hampir 50 orang doktor junior berstatus kontrak di Hospital Kuala Lumpur(HKL) yang menyertai perhimpunan aman tersebut,

Menurut Sinar Harian, wakil mereka yang mahu dikenali sebagai Dr Muhammad berkata, tindakan mereka bukan berniat berdemonstrasi dan penentangan sebaliknya memohon kerajaan memberi hak sama rata dengan pegawai berstatus tetap

“Kami hanya ingin menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama memohon kerajaan memberi hak sama rata kepada kami sama seperti pegawai berstatus tetap.

“Kami ingin diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran dan diserap sebagai status pegawai kerajaan tetap,” katanya kepada media.

Kebanyakan mereka yang menyertai perhimpunan tersebut dilihat mengenakan pakaian hitam dan memegang plakad sepanjang ianya diadakan.

Sebagai rekod, Sejak 2016, seramai 786 pegawai perubatan saja dilantik secara tetap, manakala selebihnya berkhidmat secara kontrak.

Foto-foto lain di seluruh negara:

HSNI Johor

Hoshas Pahang

Sungai Buloh

Kajang

Putrajaya

Seremban

Tempat-tempat lainnya:

Terdahulu semalam Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah merayu supaya mereka tidak meneruskan hasrat itu.

Beliau menerusi satu hantaran di Facebook mengingatkan semua doktor kontrak tersebut mengenai sumpah yang dilafazkan petugas kesihatan ketika memulakan kerjaya, iaitu ‘primum non nocere’, bererti ‘pertama, jangan membahayakan atau berlaku tidak adil kepada pesakit’.

Namun maklumat yang didapati hari ramai yang terlibat adalah petugas yang tidak bertugas.

P/s : Apa-apapun kami doakan agar isu ini dapat diselesaikan secara baik tanpa melibatkan tindakan undang-undang. Petugas kesihatan baik dari kalangan junior mahupun senior banyak berjasa kepada orang awam sepanjang tempoh pandemik ini.

Recent Posts

  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

27 mins ago
  • Trending

Panas Dakwaan Logo Ada Kalimah Allah, Rupanya Johor Pernah Larang Penjualan Barang We Bare Bears

Keputusan fatwa mengenai larangan penjualan dan penggunaan barang 'We Bare Bears' di Johor dikeluarkan Jawatankuasa…

39 mins ago
  • News
  • Trending

Anjing Kejar Budak Hingga Nyaris Digilis Berjaya Ditangkap MPM, Rupanya Haiwan Bertuan

Menurut pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM), anjing yang mengejar kanak-kanak berkenaan mempunyai permit dari MPM…

4 hours ago
  • Trending

“Misi Cari Makan Free” – Lelaki Didakwa Main Terjah Majlis Kenduri Kahwin Tanpa Dijemput [Video]

Tindakan dua lelaki berkenaan yang didakwa melakukan 'wedding crash' telah mengundang kecaman ramai.

4 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…

5 hours ago
  • Trending

Pelanggan Terkejut Ada Katak Dalam Lemang [Video]

Menerusi video, pelanggan kelihatan seperti tidak mempercayai terdapat bangkai katak di dalam lemang yang baru…

6 hours ago