Padah Berlakon Pura-Pura Mati Hanya Untuk Raih Populariti, Influencer Di India Ditangkap

Siapa sangka cubaan seorang influencer di India menghasilkan video seolah dia maut semasa sedang merakam video akhirnya membawa padah apabila di ditahan pihak berkuasa.

Menerusi video tersebut Iffy Khan,20 atau nama betulnya Irfan Khan yang popular di laman Instagram, difahamkan ‘maut’ selepas mengorbankan ‘dirinya’ selepas cintanya ditolak seorang wanita.

Dia kemudian berdiri di atas landasan keretapi sebelum suntingan video tersebut memperlihatkan dia dirempuh sebuah tren.

Video berkenaan nyata mengejutkan puluhan ribu pengikutnya dan saudara-maranya yang menyangkakan Iffy benar-benar menbunuh diri.

Namun tindakannya memalsukan kematian dengan menghasilkan video berkenaaan nyata memakan diri apabila sepasukan polis menyerbu rumahnya di Bandra, Mumbai pada hujung minggu lalu.

Sehubungan itu dia kini berdepan beberapa pertuduhan antaranya menyebarkan mesej untuk menimbulkan gangguan dalam talian, mengganggu orang awam, melakukan tindakan yang membahayakan nyawanya sendiri, dan menceroboh.

Hanya untuk tambah pengikut

Menurut Inspektor Polis Bandara, Devidas Aranye Iffy sewaktu disiasat memberitahu dia memuat naik video hanya untuk meraih populari dan menambah bilangan pengikutnya.

Dalam pada itu, menerusi laporan Vce, influecer berkenaaan yang dihubungi mengakui kesilapannya merakam dan memuat naik video berkenaan.

“Saya rakam video itu untuk hiburan semata-mata. Ia adalah satu kesilapan.

“Saya tidak mempunyai niat jahat atau mahu menggalakkan orang untuk bunuh diri,” katanya yang menyifatkan video dimuat naiknya itu disalahertikan.

Video belum siap sepenuhnya

Sebaliknya video tersebut adalah untuk memberi motivasi kepada orang ramai agar tidak membunuh diri.

Tambahnya video yang tular itu itu sebelum itu adalah bahagian pertama daripada keseluruhan rakaman.

“Dalam bahagian kedua, saya tersedar daripada mimpi dan lihat wajah keluarga.

“Mesej cuba saya sampaikan adalah memberi motivasi dan beritahu orang ramai supaya tidak cuba bunuh diri,” katanya.

Alasan tersebut bagaimanapun sukar diterima ramai memandangkan kebelakangan ini beberapa influencer dilaporkan maut antaranya inlfluener Hong Kong, Sophia Cheung yang maut selepas terjatuh di air terjun pada 10 Julai lalu diikuti bintang TikTok China Xiao Qiumei, 23 yang terjatuh dari ketinggian 160 kaki sewaktu sedang bersiaran langsung di atas sebuah kren.

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…

32 mins ago
  • Trending

Pelanggan Terkejut Ada Katak Dalam Lemang [Video]

Menerusi video, pelanggan kelihatan seperti tidak mempercayai terdapat bangkai katak di dalam lemang yang baru…

52 mins ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

3 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

3 days ago