Proton Saga Black Night Juarai Pertandingan Kereta Klasik Di UK

Bila sebut sahaja tentang kereta jenama Proton, antara model yang paling diingati pastinya Proton Saga.

Mula dilancarkan pada tahun 1985 sebagai kereta nasional pertama negara, kereta yang berasaskan Mitsubishi Lancer Fiore ini kemudian mula mendapat sambutan di dalam dan luar negara antaranya di United Kingdom (UK)

Namun siapa sangka selepas 36 tahun sejak mula diperkenalkan, Proton Saga masih lagi megah berdiri di sana.

Lebih mencuri tumpuan apabila kereta tersebut memenangi satu pertandigan kereta klasik iaitu Concours de l’Ordinaire di Hagerty Festival of the Unexceptional 2021, satu acara tahunan untuk meraikan kereta-kereta klasik yang pernah menjadi piihan masyarakat zaman dahulu yang berlangsung di Lincolnshire, Britain.

Namun Proton Saga keluaran 1989 yang bergelar juara di pertandingan tersebut bukanlah model biasa, sebaliknya ia merupakan Saga 1.5GL Black Knight Edition yang dieksport khas ke sana sekitar 30 tahun yang lalu.

Percaya atau tidak, usia pemilik kereta tersebut Jon Coupland 30 tahun juga lebih muda berbanding kereta berkenaan.

Menurut Jon yang juga seorang anggota polis, model kereta tahun 1989 itu  itu dibelinya pada tahun 2019. Namun apa yang menjadikan kereta itu unik, ia hanya dijual sebanyak 201 unit dan dia menjangkakan itu adalah satu-satunya model tersebut yang masih wujud di sana.

“Saya mula meminati kereta di usia muda namun hanya hanya dapat memiliki model Proton ini pada tahun 2019.

“Saya tidak pernah berkunjung ke Festival of the Unexceptional sebelul ini.

“Namun, saya begitu beruja apabila tahun ini penyertaan saya untuk menjadi salah seorang peserta diterima.

“Saya langsung tidak menjangkakan akan dapat mencuri perhatian para juri hingga memenangi hadiah keseluruhan dalam acara ini,” katanya dalam temubual bersama Hagerty UK.

Bercerita mengenai pemilikan kereta tersebut, Jon menjelaskan dia sebenarnya merupakan pemilik ketiganya.

Menurutnya, pemilik pertama Saga Black Knight ini sudah tidak memandu kereta tersebut ekoran dari kesihatannya yang kurang baik.Dia kemudian menjualkannya kepada pemilik kedua pada tahun 2017 sebelum Jon membeli kereta ‘rare’ tersebut pada tahun 2019.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

58 mins ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Pemandu Warga Emas Langgar Lampu Merah Jadi Punca Kemalangan Motosikal & Kereta

Menurut KPD Seremban, kemalangan terbabit melibatkan mangsa penunggang motosikal berusia 44 tahun dan pemandu wanita…

2 hours ago
  • Trending

Perodua Ativa Kantoi Ikut Belakang Peronda Polis Untuk Elak Trafik [Video]

Menerusi video, turut kelihatan Perodua Ativa itu mengekori kereta peronda sewaktu jalan sesak sebelum ditegur…

3 hours ago
  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

2 days ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

2 days ago