“Dia Bukan Milik Saya Allah Pinjamkan 11 Tahun Sahaja, 11 Tahun Yang Luar Biasa” – Shuib [Video]

Pemergian penyanyi Siti Sarah Raissuddin pagi ini benar-benar mengejutkan dunia hiburan.

Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhirnya pukul 5.13 pagi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM selepas beberapa hari bertarung nyawa melawan jangkitan Covid-19.

Namun kehilangan beliau pasti lebih dirasai keluarga khususnya anak-anak, dan suaminya pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu.

Shuib menerusi satu IG live petang tadi meluahkan apa yang terbuku di hatinya mengenai pemergian Siti Sarah. Sambil meluahkan rasa rindu terhadap Sarah dihadapan mereka yang mengikutinya secara langsung, dia turut berkongsi kenangan manis jatuh bangunnya bersama Sarah.

11 Tahun yang luar biasa

Kehilangan Sarah juga membuatkan dia semakin memahami bahawa isteri yang Allah kurniakan itu hanyalah pinjaman semata-mata.

“Saya semakin sedar bahawa isteri bukan milik saya, dia milik Allah. Isteri saya hanya dipinjamkan untuk 11 tahun sahaja, namun 11 tahun yang luar biasa.

“Saya redha menerima ketentuan ini dan dalam masa sama saya amat mencemburui pemergian isteri saya dalam husnol khotimah. Saya pernah bergurau dengan arwah isteri saya bahawa saya mahu meninggal dunia dalam syahid.

“Rupa-rupanya dia yang ‘pergi’ syahid, dia dapat layanan istimewa daripada Allah. Dasyhatnya pemergian Siti Sarah Raissuddin ini. Satu persatu Allah permudahkan,” ujar Shuib lagi.

Tumpang tuah isteri

Bercerita tengang kisah rumah tangga mereka, Shuib mendedahkan Sarah adalah seorang isteri yang begitu taat, setia malah tidak pernah mengeluh.

Malah dia menyifatkan Sarah adalah ‘tuahnya’ dimana dia selama ini hanya menumpang tuah arwah isterinya itu.

“Selama 11 tahun, saya tumpang tuah dia. Selama saya kahwin dengan dia, dia tak pernah dia tanya duit saya. Saya tak pernah gaduh dengan dia nak balik kampung. Dia tak kisah pun. Yang penting dia happy, mak saya happy. Dia tak pernah tanya duit dalam akaun saya, dia tak pernah tanya pun duit saya pergi mana.

Dia ajar dan nasihat saya untuk tak berkira dengan duit

“Dia ajar da nasihat saya untuk tidak berkira-kira dengan duit, bila kita berkira-kira dengan duit, kita akan berkira-kira dengan sedekah. Dia orang yang suka bersedekah. Kat sini saya nak bagi tahu, saya memang tak ada apa-apa. Saya tumpang luck dia. Dia bagi tips kepada saya” luah Shuib dengan penuh sebak.

Dia dalam masa sama turut berkongsi detik-detik dia menguruskan jenazah arwah isterinya itu yang disifatkannya telah dipermudahkan Allah SWT.

“Hari ni saya turunkan dia ke dalam liang. Saya yang turunkan dia, saya pegang pinggang. Dia cukup ringan. Saya tengok liang dia tak besar, dia turun ke liang tanpa sangkut. Dengan senangnya… Saya masih rasa lagi kebesaranNya. Selesai pemergian dia yang cukup biasa bagi saya. Orang ramai masih tunggu dia sampai habis. Saya tak sangka, saya tak boleh tengok senyuman dia lagi.

Perkongsian2 tersebut nyata membuka mata pengikutnya malah ramai berkongsi kembali apa yang diceritakan Shuib sewaktu ig live tersebut.

Tonton video penuh di bawah :

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

13 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

1 day ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

1 day ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

1 day ago