Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada 4 Ogos lalu mengumumkan tempoh moratorium untuk pelanjutan pembaharuan lesen kenderaan motor (LKM) dan juga lesen memandu Malaysia (LMM) termasuk lesen vokasional (GDL/PSV) tidak lagi akan disambung selepas 30 September ini.
Ini bermakna orang ramai yang belum memperbaharui lesen memandu dan LKM milik mereka perlu melakukannya sebelum tarikh tersebut.
Tambah JPJ, aktiviti pemantauan pematuhan dan penguatkuasaan oleh badan penguat kuasa jabatan tersebut dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mula dilaksanakan di lapangan mulai 1 Oktober ini.
“Orang ramai diingatkan agar memperbaharui lesen masing-masing yang tamat tempoh sebelum tarikh tersebut.
“Pemilik kenderaan yang LKM tamat tempoh hendaklah memastikan kenderaan masing-masing memiliki perlindungan insurans sah dan menunjukkan salinan sijil perlindungan insurans jika diminta pihak berkuasa,” jelas kenyataan itu.
Mereka dalam masa sama turut menyarankan orang ramai yang untuk membuat urus niaga secara dalam talian iaitu melalui portal mySIKAP awam (https://public.jpj.gov.my/public/login.zul) atau menerusi rakan strategik JPJ iaitu myEG.
Menerusi kenyataan sama lagi, JPJ turut memaklumkan pejabat Pos Malaysia akan kembali menyambung urus niaga JPJ di lebih 650 cawangan seluruh Malaysia bermula 9 Ogos ini
Namun untuk membuat urusniaga sebarang urusniaga JPJ di pejabat pos, anda perlu membuat tempahan janji temu secara atas talian terlebih dahulu untuk mengelakkan kesesakan di cawangan mereka.
Cara untuk melakukannya juga mudah dimana anda hanya perlu melayari laman rasmi mereka https://www.pos.com.my/pos-outlet-finder/ atau menerusi aplikasi Pos Malaysia bermula 8 Ogos 2021.
Bagi memudahkan anda di bawa kami kongsikan cara membuat janji temu urusniaga JPJ dengan Pos Malaysia melalui laman sesawang mereka :
Lawati laman web web mereka dan tekan butang Outlet Finder seperti yang kami bulatkan di bawah.
Seterusnya buat carian Pejabat Pos terdekat dengan anda dan klik pada Book your JPJ service appointment
Kemudian pilih salah satu dari 3 servis JPJ yang anda mahukan. Buat tetapan tarikh dan waktu sebelum melengkapkan info anda.
Sebaik selesai tekan butang book.
Sebaik selesai , anda untuk menyimpan slip temujanji atau boleh juga hanya dengan membuat tangkap layar (screenshot) tempahan itu untuk dibawa ketika waktu temujanji di pejabat pos.
Selain membuat pembaharuan di Pejabat Pos anda juga boleh membuat pembaharuan secara online di laman web MySikap. Untuk melakukannya ikut panduan penuh kami di bawah :
Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…
Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…
Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…
Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…
Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…
Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.