fbpx
Now Reading
Ini Cara Mohon Janji Temu Secara Online Untuk Urusniaga JPJ di Pejabat Pos

Ini Cara Mohon Janji Temu Secara Online Untuk Urusniaga JPJ di Pejabat Pos

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada 4 Ogos lalu mengumumkan tempoh moratorium untuk pelanjutan pembaharuan lesen kenderaan motor (LKM) dan juga lesen memandu Malaysia (LMM) termasuk lesen vokasional (GDL/PSV) tidak lagi akan disambung selepas 30 September ini.

Ini bermakna orang ramai yang belum memperbaharui lesen memandu dan LKM milik mereka perlu melakukannya sebelum tarikh tersebut.

Tambah JPJ, aktiviti pemantauan pematuhan dan penguatkuasaan oleh badan penguat kuasa jabatan tersebut dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mula dilaksanakan di lapangan mulai 1 Oktober ini.

“Orang ramai diingatkan agar memperbaharui lesen masing-masing yang tamat tempoh sebelum tarikh tersebut.

“Pemilik kenderaan yang LKM tamat tempoh hendaklah memastikan kenderaan masing-masing memiliki perlindungan insurans sah dan menunjukkan salinan sijil perlindungan insurans jika diminta pihak berkuasa,” jelas kenyataan itu.

Mereka dalam masa sama turut menyarankan orang ramai yang untuk membuat urus niaga secara dalam talian iaitu melalui portal mySIKAP awam (https://public.jpj.gov.my/public/login.zul) atau menerusi rakan strategik JPJ iaitu myEG.

Menerusi kenyataan sama lagi, JPJ turut memaklumkan pejabat Pos Malaysia akan kembali menyambung urus niaga JPJ di lebih 650 cawangan seluruh Malaysia bermula 9 Ogos ini

Perlu buat temujanji atas talian dahulu

Namun untuk membuat urusniaga sebarang urusniaga JPJ di pejabat pos, anda perlu membuat tempahan janji temu secara atas talian terlebih dahulu untuk mengelakkan kesesakan di cawangan mereka.

Cara untuk melakukannya juga mudah dimana anda hanya perlu melayari laman rasmi mereka https://www.pos.com.my/pos-outlet-finder/  atau menerusi aplikasi Pos Malaysia bermula 8 Ogos 2021.

Cara buat temujanji JPJ di Pejabat Pos

Bagi memudahkan anda di bawa kami kongsikan cara membuat janji temu urusniaga JPJ dengan Pos Malaysia melalui laman sesawang mereka :

#1 Buka laman web pejabat pos dan pilih outlet finder

Lawati laman web web mereka dan tekan butang Outlet Finder seperti yang kami bulatkan di bawah.

#2 Buat carian dan klik Book Your JPJ service appointment

Seterusnya buat carian Pejabat Pos terdekat dengan anda dan klik pada Book your JPJ service appointment

#3 Pilih servis JPJ dan waktu serta isikan maklumat anda

Kemudian pilih salah satu dari 3 servis JPJ yang anda mahukan. Buat tetapan tarikh dan waktu sebelum melengkapkan info anda.

Sebaik selesai tekan butang book.

#4 Simpan slip temujanji

 Sebaik selesai , anda untuk menyimpan slip temujanji atau boleh juga hanya dengan membuat tangkap layar (screenshot) tempahan itu untuk dibawa ketika waktu temujanji di pejabat pos.

Selain membuat pembaharuan di Pejabat Pos anda juga boleh membuat pembaharuan secara online di laman web MySikap. Untuk melakukannya ikut panduan penuh kami di bawah :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.