fbpx
Now Reading
Abang JPJ Jelaskan Apa Jadi Kalau Tak Hadir Selepas Dapat Notis Pemeriksaan Kenderaan [Video]

Abang JPJ Jelaskan Apa Jadi Kalau Tak Hadir Selepas Dapat Notis Pemeriksaan Kenderaan [Video]

Menurut anggota JPJ itu, notis pemeriksaan bukanlah saman tapi hanya untuk memastikan pemilik telah mengubah semula kereta atau motosikalnya kepada asal.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Segelintir pencinta dunia automotif gemar mengubah suai atau memodifikasi kenderaan yang dimiliki agar kelihatan lebih cantik mengikut selera tersendiri.

Bagi yang melakukan pengubahsuaian melampau atau dilarang pula, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) mempunyai kuasa untuk memberi notis arahan pemeriksaan kenderaan.

Bagaimanapun, masih ada segelintir individu yang berdegil untuk hadir ke pusat pemeriksaan kenderaan yang telah ditetapkan oleh JPJ.

Anggota JPJ jelaskan apa yang terjadi kalau berdegil untuk hadir pemeriksaan kenderaan

Susulan itu, seorang anggota JPJ ini menjelaskan apa yang terjadi sekiranya seseorang yang menerima notis pemeriksaan bersikap tidak peduli terhadap arahan terbabit.

Menerusi perkongsian satu video di akaun TikTok @galerikeretaofficial, anggota yang dikenali sebagai Nasroul itu menjelaskan bahawa penerimaan notis pemeriksaan bukanlah bermaksud seseorang itu akan disaman semata-mata.

Notis pemeriksaan hanya untuk periksa kenderaan setelah dibaiki, bukan saman

Sebaliknya, Nasroul berkata notis tersebut hanyalah arahan untuk pemeriksaan bagi memastikan pemilik kenderaan mengubah semula kereta atau motosikalnya kepada asal.

“Sebenarnya ramai salah faham, bila dia terima notis itu dia ingat semua saman macam ada nilai yang perlu dibayar, tapi sebenarnya bila kita terima notis pemeriksaan di bawah Seksyen 61 itu, arahan periksa selalu akan bagi tempoh dalam 10 hari.

“Jadi apa yang perlu dibuat adalah hadir ke JPJ mengikut apa yang kita ‘highlight’ (kesalahan).  Buat pembaikan, hadir ke JPJ dan kita akan semak semula, tiada sebarang saman akan dikeluarkan,” katanya.

Saman dan tempoh kompuan berkala akan diberikan sekiranya tetap berdegil

Menurutnya lagi, jika seseorang itu tidak hadir bersama kenderaan untuk pemeriksaan mengikut tempoh yang ditetapkan, saman akan diberikan.

Jelasnya, tempoh kompaun yang dikenakan akan meningkat sekiranya individu terbabit tetap berdegil untuk hadir pemeriksaan sehingga akhirnya kenderaan boleh disenarai hitam.

“Bila dah bagi saman, baru kita bagi tempoh kompaun berkala. Contohnya, motosikal bermula RM40, RM70 sehingga RM120, manakala kereta pula bermula RM100, RM150 sehingga RM200.

“Pada tarikh terakhir sekiranya pemilik kereta masih tidak hadir kita akan bawa ke mahkamah dan kita akan mohon untuk senarai hitam. Jadi pemilik-pemilik yang tidak hadir ini akan disenarai hitam kenderaannya, ‘roadtax’ tak boleh renew,” katanya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.