fbpx
Now Reading
Ramai Geli Hati Motosikal Roda Tiga Berjalan Sendiri Ketika Ditahan JPJ, Rupanya Babak BTS Lakonan [Video]

Ramai Geli Hati Motosikal Roda Tiga Berjalan Sendiri Ketika Ditahan JPJ, Rupanya Babak BTS Lakonan [Video]

Difahamkan situasi ‘Behind The Scene’ yang menghiburkan itu berlaku sewaktu pengambaran membabitkan pelakon, Amyza Adnan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Motosikal roda tiga sering kali digunakan oleh segelintir Orang Kurang Upaya (OKU) kerana ia lebih stabil dan mudah untuk dibawa.

Malah kenderaan ini turut digunakan oleh masyarakat di negara ini untuk pelbagai perkara antaranya adalah untuk membawa muatan tambahan atau berniaga.

Motosikal roda tiga ditinggalkan oleh penunggang curi tumpuan

Perkara ini samalah seperti apa yang dilakukan oleh seorang lelaki ini apabila menggunakan motosikal roda tiga untuk membawa barangan.

Menerusi video yang tular dikongsikan oleh @ajuahmad_ di TikTok, awalnya kelihatan penunggang motosikal tersebut sedang berjalan sambil membawa barangan yang agak penuh dipercayai bekas penapis air di ruang simpanan di sebelah tepi.

Tidak lama kemudian, datang seorang wanita yang juga anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan meminta agar dia berhenti di tepi jalan.

Mungkin panik dengan perkara itu, lelaki yang menunggang motosikal roda tiga itu kemudian berhenti di tepi jalan lalu turun melarikan diri dan meninggalkan kenderaan tersebut.

Tindakannya menyebabkan anggota JPJ tersebut tidak sempat menahannya.

Motosikal bergerak seperti ingin mengikut penunggang lari dari ditahan JPJ

Namun apa yang menarik perhatian ramai apabila motosikal yang ditinggalkan di tepi jalan itu tiba-tiba bergerak sendiri seperti mahu mengikuti jejak langkah lelaki berkenaan.

Malah turut kedengaran anggota itu menjerit ‘motor, stop motor, stop motor’ sebelum datang dua orang lelaki segera menarik motosikal berkenaan.

“Motor lari ikut tuan bila kena kejar dengan JPJ,” tulis Ajuahmad di ruang kapsyen.

Ramai terhibur situasi motosikal roda tiga nak ikut tuan lari

Menjengah ke ruangan komen, kelihatan netizen terhibur dengan gelagat penunggang motosikal berkenaan malah mereka turut menyifatkan mungkin pacuan roda tiga itu tidak mahu ditinggalkan oleh tuannya.

Walau bagaimanapun, di ruang komen ada yang memaklumkan situasi itu berlaku semasa pengambaran drama atau telemovie di Bukit Beruntung atau Bukit Sentosa. Manakala ‘anggota JPJ’ berkenaan adalah pelakon wanita, Amyza Adnan.

Malah di ruang kapsyen Ajuahmad turut membuat tanda pagar #disebaliktabir.

“Semua dah tau JPJ tu Amyza Adnan. Yang aku nak tahu siapa pelakon bawa motor yang lari tu?”

“Amyza Adnan berlakon jadi JPJ”

“Yang ni buat pengambaran dekat bukit sentosa tadi, ingatkan roadblock (sekatan jalan raya)”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.