Gara-Gara Langgar Lampu Merah, Penunggang Dirempuh Motosikal [Video]
Menerusi video berkenaan, sebaik melepasi lintasan zebra, penunggang itu kemudiannya dirempuh sebelum diseret sebuah motosikal dari arah sebelah kanan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Semua orang, walaupun mereka yang tidak mempunyai lesen kenderaan, pasti tahu bahawa melanggar lampu isyarat merah merupakan satu kesalahan.
Malah kesalahan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan.
Penunggang dirempuh kerana langgar isyarat merah
Baru-baru ini, tular satu video dashcam di X (Twitter) yang memaparkan seorang penunggang motosikal terbabit dalam kemalangan akibat kecuaiannya sendiri.
Menerusi video tersebut, kelihatan pengguna jalan raya lain sedang berhenti di sebuah lampu isyarat merah simpang empat dipercayai berdekatan pusat membeli belah Setapak Central.
Namun secara tiba-tiba datang sebuah motosikal dari arah belakang secara tiba-tiba melanggar lampu isyarat yang sedang merah.
Dirempuh oleh motosikal dari arah sebelah kanan
Sebaik sahaja melepasi lintasan zebra, penunggang itu kemudiannya dirempuh sebuah motosikal dari arah kanan dengan laju.
Insiden itu telah membuatkan kedua-dua penunggang motosikal terjatuh dan terseret sehingga menghampiri simpang kiri.
Tidak lama kemudian, kelihatan motosikal yang berada di kawasan berdekatan cuba mendekati dua penungggang berkenaan mungkin kerana ingin melihat keadaan mereka.
Dalam video tersebut dipercayai insiden terbabit berlaku semalam (20 Mac) sekitar jam 9 malam.
— ʜᴇᴜɴɢ ᴍɪɴ ᴡᴇɴ 🇯🇵 (@WenTakumi_) March 20, 2024
Ramai kecam tindakan penunggang motosikal langgar lampu merah
Melihat di ruangan balas, ramai yang mengecam tindakan penunggang kerana kecuaian melanggar lampu isyarat merah sehingga menyebabkan kemalangan kepada pengguna lain.
Ada yang menyifatkan tindakan melanggar lampu isyarat merah itu telah menyusahkan orang lain khususnya penunggang yang merempuhnya.
Walau bagaimanapun, tiada sebarang maklumat lanjut berhubung keadaan dua penunggang motosikal berkenaan selepas kemalangan berlaku.