fbpx
Now Reading
AMITEC Perkenal Suzuki Rider R150Fi EWC1 Endurance Series

AMITEC Perkenal Suzuki Rider R150Fi EWC1 Endurance Series

Untuk info, Raider versi EWC1 ini bakal mengekalkan spesifikasi standard Raider R150Fi dan hanya memfokuskan transformasi grafik visualnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

AMITEC, bahagian penyelidikan dan pembangunan kejuruteraan dalam bidang sukan permotoran di bawah seliaan AFY Mobility Industries (AMI), mengumumkan pelancaran edisi khas RAIDER R150Fi EWC1 – Endurance Series.

Model edisi khas baharu ini menampilkan rekaan perlumbaan menarik yang diinspirasikan daripada motosikal perlumbaan Endurance Series yang yang terkenal dengan barisan kemenangan trofi berganda oleh pasukan perlumbaan Suzuki.

AMITEC semangat dalam program penjenamaan dan program reka bentuk

Pengenalan RAIDER R150Fi EWC1 kepada pasaran juga merupakan satu bukti buat pasukan AMITEC yang terus bersemangat dalam melaksanakan program penjenamaan serta komitmen mereka dalam program reka bentuk dan prestasi dalam industri sukan bermotor.

Pada masa ini, Raider versi EWC1 bakal mengekalkan spesifikasi standard Raider R150Fi dan hanya memfokuskan transformasi grafik visualnya sebagai memberi penghormatan kepada warisan serta deretan trofi kejuaraan kejohanan perlumbaan ketahanan ‘Endurance’ oleh pasukan pengeluar Suzuki.

AMITEC ingin tingkatkan prestasi dan penyesuasian model Raider

Projek ini seterusnya menyasarkan komitmen berterusan AMITEC untuk meningkatkan prestasi dan menyesuaikan model Raider untuk sejumlah perlumbaan yang bakal disertai pada masa akan datang.

Sekaligus projek ini juga berkelangsungan dengan pengenalan awal edisi khas Raider AS25 pertama mereka pada tahun 2022. Model EWC1 ini semestinya menjanjikan penawaran pilihan Raider yang lebih unik dan mengujakan kepada peminat motosikal di Malaysia.

Harga runcit yang disyorkan untuk model ini adalah RM8,988 tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran dan insurans.

EWC FLYERS ALT_01_OutlineText
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.