fbpx
Now Reading
Warga Pakistan Memandu Tanpa Lesen GDL, Van Syarikat Kurier Disita JPJ

Warga Pakistan Memandu Tanpa Lesen GDL, Van Syarikat Kurier Disita JPJ

Selepas ditahan, seorang wakil daripada syarikat kurier terbabit cuba untuk memujuk rayu JPJ agar melepaskan warga Pakistan dan van tersebut namun tidak berjaya apabila permintaannya tidak dilayan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui setiap individu yang ingin memandu kenderaan di negara ini perlu mendapatkan lesen sah mengikut kelas yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Lesen tersebut merupakan salah satu dokumen penting yang perlu dibawa ke mana sahaja sepanjang seorang individu memandu kenderaan.

Jika menunggang motosikal anda memerlukan lesen B, manakala D untuk memandu kereta dan E untuk lori. Bagi mereka yang ingin membawa kenderaan membawa barangan pula hendaklah mendapatkan Lesen Memandu Kenderaan Barangan (GDL).

JPJ sita van syarikat kurier yang dipandu warga asing

Baru-baru ini, JPJ Selangor bertindak menyita sebuah van syarikat kurier yang dibawa oleh seorang lelaki warga Pakistan selepas dia didapati tidak mempunyai lesen GDL.

Lelaki tersebut telah ditahan di Plaza Tol Puchong Selatan semalam (23 Januari) malah dia dipercayai telah memandu kenderaan terbabit sejak beberapa bulan yang lepas.

Cuba pujuk rayu, namun tak dilayan JPJ

Susulan daripada sitaan dan penahanan tersebut, salah seorang wakil dari syarikat kurier itu telah tampil dan cuba untuk meminta ehsan daripada anggota JPJ terbabit agar melepaskan warga asing berusia 30-an bersama kenderaan terbabit.

Namun pujukan itu tidak berjaya apabila anggota JPJ tetap mengambil tindakan untk menyita van tersebut.

Beberapa lelaki warga asing turut ditahan kerana tiada road tax dan lesen

Dalam operasi sama, JPJ juga telah menahan beberapa lagi lelaki warga asing yang bertindak menunggang motosikal milik individu lain.

Malah motosikal yang ditunggang warga asing itu juga tidak mempunyai perlindungan insurans (road tax) dan juga lesen yang sah.

Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan memaklumkan warga asing itu ditahan dalam operasi bersepadu yang dilakukan secara serentak di dua lokasi iaitu Plaza Tol Puchong Selatan serta Plaza Tol Damansara.

Operasi tersebut telah dilakukan bermula jam 8.45 malam dan seramai 142 pegawai terlibat. Mereka terdiri dari JPJ Selangor, Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Kakitangan Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK) dan lebuh raya Plus Malaysia Berhad (PLUS).

“Setakat pukul 9.30 malam, operasi ini melibatkan pemeriksaan sebanyak 1,217 kenderaan,” ujarnya dipetik Kosmo.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.