Didakwa Hilang Selepas ‘Digam’ Kerajaan China, Pelakon Shaolin Soccer Akhirnya Munculkan Diri

Dunia fesyen dan hiburan di China sebelum ini dikejutkan dengan kehilangan secara misteri aktres dan billionaire terkenal, Zhao Wei.

Untuk rakyat Malaysia nama tersebut mungkin agak kurang dikenali, namun kalau kami kami katakan dia adalah ‘heroine’ dan memegang watak sebagai penjagal gol gantian dalam filem ‘Shaolin Soccer’ lakonan dan arahan pelakon Stephen Chow pasti semua kenal bukan?

Menurut laporan, Zhao Wei dikhabarkan hilang begitu sahaja tanpa kesan. Lebih mengejutkan, peminat mendakwa namanya turut dihapuskan dari semua platform online termasuk Weibo oleh kerajaan China.

Bukan itu sahaja, Zhao Wei turut diharamkan dari muncul di kaca TV dimana semua program yang membabitkan antaranya drama bersiri dan program siri bual bicara turut ditangguhkan.

Keadaan tersebut nyata merisaukan peminat dan netizen di China memandangkan dia berstatus figura umum namun boleh hilang begitu sahaja tanpa sebarang kesan.

Mereka yang risaukan keselamatan aktres berkenaan kemudian mula melancarkan kempen meminta kerajaan China menjawab adakah mereka terlibat dalam kehilangannya atau dalam bahasa mudah, menjadi tahanan mereka.

Ada yang mendakwa tindakan ini diambil kerajaan China yang tidak berpuas hati dengan sikapnya yang terlalu bersikap terbuka dalam isu politik selain menyifatkan dia seorang yang tidak patriotik dan tidak menjaga sensitiviti politik China.

Ada juga yang mendakwa selebriti A-list ini juga sudah berjaya melarikan diri ke Peranchis.

Muncul di bandar kelahirannya

Terbaru selepas beberapa minggu, namanya mula menjadi trending di aplikasi Weibo apabila dia mula dilihat memunculkan diri di satu acara di negeri kelahirannya, Wuhu.

Kemuculannya di sana dan sekaligus melegakan hati orang ramai yang sebelum ini khuatirkan keselamatannya. Malah akaun Weibo-nya juga kembali diaktifkan.

Sebagai rekod, Zhao Wei sebelum ini pernah dikenakan tekanan politik pada tahun 2001 gara-gara tindakannya memakai baju yang mempunyai logo tentera Jepun.  Namun itu tidak menghalang billionaire ini dari terus menyuarakan pandangannya tentang apa sahaja.

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

9 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

10 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

10 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

11 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

14 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

14 hours ago