“Memang Mak2” – Kaget Lihat Ustaz Beri Ceramah Diserang, Jemaah Wanita Bangun Kejar & Pukul Si Pelaku [Video]

“The power of emak-emak” Itu yang diungkapkan netizen di negara jiran, Indonesia mengenai penularan satu video melihatkan sekumpulan jemaah wanita di sebuah surau bangkit dan mengejar seorang pemuda yang telah menyerang seorang ustaz.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku Masjid Baitussyakur, Kota Batam, Riaupada tengahari isnin itu, ustaz yang dikenali sebagai Ustaz Abu Chaniago difahamkan sedang memberikan tazkirah kepada jemaah di masjid berkenaan.

Namun secara tiba-tiba penyerang berkenaan muncul dan mengejar ustaz berkenaan menyebabkan kesemua jemaah serentak menjerit.

Mungkin risau dengan nasib penceramah tersebut, ramai dari mereka terutamanya jemaah wanita dilihat bangkit dan mengejar penyerang berkenaan.

Menerusi video sama, pemuda itu kemudian berjaya ditahan selepas 3 jemaah lelaki berjaya memegangnya.

Namun apa yang mencuri tumpuan adalah reaksi beberapa jemaah wanita yang diihat turut memukul si penyerang dengan menggunakan tangan. Malah seorang dari mereka turut dilihat memukulnya dengan sebatang kayu.

Menurut laporan Tribun News, si pelaku kemudian terus di bawa ke balai polis oleh orang ramai namun motif serangan masih belum diperincikan. Mereka bagaimanapn memaklumkan dia seorang yang kurang siuman.

Pengurus masjid, Hendri Marzon pula memaklumkan insiden tersebut menyebabkan penceramah berkenaan mengalami luka pada pipi kanannya dipercayai akibat tendangan oleh lelaki tersebut.

“Akibat kejadian itu, Ustaz Abu mengalami luka di pipi kanan dipercayai terkena tendangan kaki penyerang.

“Peristiwa itu terjadi semasa ibu-ibu sedang ikuti pengajian rutin yang biasanya dilakukan setiap pagi Isnin,” kata Hendri

Insiden tersebut nyata menarik perhatian orang ramai yang kesal dengan tindakan lelaki berkenaan. Namun ramai kagum dengan tindakan golongan ibu-ibu disana yang dilihat begitu bersemangat untuk menyelamatkan penceramah berkenaan.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

2 days ago