Pelajar 11 Tahun Raih 3 Emas Di Canada Selepas Cipta Inovasi Makanan Haiwan Daripada Kulit Udang & Siput Sedut

Tahniah kami ucapkan kepada adik Maryam Muzamir dari Sekolah Kebangsaan (SK) Perempuan Methodist, Kuantan, Pahang kerana telah mengharumkan nama negara dengan meraih tiga pingat emas sempena The 6th International Invention, Innovation Competition (iCAN) di Toronto, Kanada bulan lalu.

Apa yang mengejutkan orang ramai, beliau bukan sahaja berjaya mengetepikan 600 peserta lain, tetapi pelajar tahun 5 ini juga menjadi pemenang termuda dalam pertandingan tersebut.

Maryam difahamkan memperoleh kemenangan tersebut selepas dia berjaya mencipta inovasi makanan haiwan daripada kulit udang dan siput sedut yang dinamakan YAM 2.0.

Mengakui terkejut dengan kemenangan tiga pingat emas hasil daripada inovasi berkenaan, Maryam bagaimanapun berasa begitu bersyukur dan teruja kerana kemenangan ini telah menaikkan semangatnya.

Anak kecil ini dalam masa sama turut berterima kasih kepada keluarga yang memberikan sokongan.

“Saya gembira kerana kejayaan ini menaikkan semangat dan terima kasih kepada keluarga yang memberikan sokongan,” kata Maryam dipetik dari Harian Metro.

Foto Harian Metro

PM turut ucap tahniah

Berbangga dengan pencapaian adik Maryam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi satu hantaran di Facebook turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah serta berdoa agar Maryam terus menempa lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Turut dapat perhatian dunia

Lebih manis, kejayaan Mariam turut mendapat perhatian dunia melalui siaran Rancangan TV terkemuka, The Late Late Show with James Corden.

Yakin dengan hasil inovasi anaknya

Mengulas mengenai kejayaan anaknya, Prof Madya Dr Muzamir Hasan mengakui beliau pada mulanya sukar menjangkakan kemenangan Maryam memandangkan iCAN turut disertai peserta daripada pelbagai peringkat usia dari 70 negara.

Namun disebabkan yakin dengan inovasi yang dihasilkan anak sulungnya itu, dia tekad menghantar penyertaan.

“Alhamdulillah, Maryam berjaya bukan meraih satu emas, malah tiga emas pada penyertaan pertamanya di luar negara.

“Pada tahun ini dan 2020, Maryam memenangi pingat emas bagi kategori Pertandingan Reka Cipta, Kreatif dan Inovasi (CITREX).”

Idea datang kerana kerap berkunjung ke restoran makanan laut

“Sebenarnya idea menghasilkan makanan haiwan ini kerana sering mengunjungi restoran makanan laut di sini.

“Daripada kulit udang atau siput sedut itu dibuang, sebaiknya ia dikitar semula dan dijadikan bahan makanan haiwan. Oleh itu terhasil makanan haiwan yang dinamakan YAM 2.0 ini,” katanya yang tinggal di Indera Mahkota.

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

6 mins ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

1 hour ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

2 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

3 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

6 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

6 hours ago