Tular Video Petugas Buat Kerja Sanitasi Sambil Lewa, Rapid KL Tampil Mohon Maaf

 Sejak semalam tular sebuah video di media sosial mempelihatkan dua petugas pembersihan Rapid KL yang sedang melakukan tugas sanitasi di dalam tren Rapid KL.

Apa yang mencuri tumpuan orang ramai adalah gaya mereka semasa melaksanakan sanitasi menggunakan cecair pembasmi kuman yang dilihat ala kadar dan sambil lewa hingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Malah menerusi video tersebut, dapat dilihat kedua mereka terlepas mengelap beberapa bahagian penting seperti tiang dan bahagian pemegang tangan menggunakan.

Tolong beritahu video ini adalah palsu

Dilakukan ejen pembersihan

Terbaru, Rapid KL menerusi satu kenyataan mengakui kesilapan berkenaan dan memohon maaf kepada semua penumpangnya akibat penyebaran video berkenaan.

“Rapid KL ingin memohon maaf kepada semua penumpang di atas kesukaran, kegelisahan dan kemarahan akibat penularan video berkenaan di media sosial.

“Dalam video tersebut, ejen pembersih kami dilihat menjalankan tugas pembersihan ketika tren kami tiba di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Ampang yang merupakan stesen terakhir Laluan LRT Ampang dan Sri Petaling.

“Namun video tersebut menunjukkan tugas pembersihan dilakukan dengan tergesa-gesa serta tidak memuaskan mengikut peraturan pencegahan Covid-19 yang ditetapkan Rapid KL,” katanya menerusi kenyataan berkenaan.

Menurut kenyataan sama mereka telah mengambil tindakan pantas dengan menegur pihak vendor terlibat di samping membincangkan tindakan untuk memastikan perkara sama tidak berulang di masa mendatang.

Syarikat pembersihan turut mohon maaf

Dalam pada itu syarikat kontraktor pembersihan trerlibat, RnD Resources Sdn. Bhd. menerusi satu kenyataan turut memaklumkan telah mengambil tindakan tata tertib terhadap kakitangan terbabit.

Mereka turut memandang serius insiden berkenaan dan berjanji akan memberi pekerja berkenaan latihan semula dengan selengkapnya sebelum dibenarkan bertugas seperti biasa,

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

16 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

17 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

17 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

18 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

21 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

21 hours ago