Turun Di Riyadh, Buat Pertama Kali Dalam Sejarah, Pesawat Israel Dibenar Mendarat Di Arab Saudi

Buat pertama kalinya dalam sejarah, sebuah kapal terbang Israel dibenarkan mendarat di Arab Saudi pada selasa lalu.

Difahamkan berita mengenai pendaratan kapal terbang tersebut di Riyadh itu menyusul sehari selepas sebuah pesawat dari Arab Saudi berjaya mendarat di Israel juga buat kali pertama.

Menurut portal Al-Araby Al-Jadeed yang memetik agensi KAN, pesawat dari negara Arab tersebut iaitu Emirati 737 Royal Jet difahamkan mendarat di lapangan terbang Ben-Gurion pada isnin petang.

Menerusi laporan Jerusalem Post, pesawat Israel yang mendararat di Riyadh adalah sebuah pesawat peribadi.

Foto pendaratan pesawat Israel Di UAE sebelum ini Foto : El Al Via Jerusalem Post

Meskipun tidak ada penerbangan komersial yang menghubungkan antara Arab Saudi dan Israel disebabkan keduanya tidak menjalin sebarang ikatan, pendaratan dua pesawat itu menjadi bukti adanya peningkatan dari segi hubungan diantara Arab Saudi dan negara haram itu.

Sejak setahun lalu Arab Saudi dan rejim Israel telah membuka ruang udara masing-masing untuk saling dilalui.

Ianya tidak lama selepas termeterainya penjanjian Arbaraham 2020 di antara Israel dan empat negara islam iaitu UAE, Bahrain, Maghribi dan Sudan.

Dengan pembukaan itu juga, laluan pesawat penerbangan dari Israel semakin mudah dimana mereka sebelum ini terpaksa melalui laluan yang berliku dan jauh antaranya ke Mumbai, India yang terpaksa mengambil dua jam masa tambahan kerana dilarang dari memasuki ruang udara Arab Saudi.

Sebagai rekod, kebanyakan negara di Asia Barat sebelum ini tidak memiliki hubungan diplomatik dengan rejim Zionis itu ekoran konflik di Palestin.

Setakat ini masih banyak lagi negara yang mengekalkan larangan terhadap pesawat Israel untuk melakukan penerbangan terus atau melalui ruang udara mereka antaranya negara kita, Malaysia, Brunei, Afghanistan, Algeria, Bangladesh, Iran, Iraq, Kuwait, Lubnan, Libya, Maghribi, Oman, Pakistan, Qatar, Somalia, Syria, Tunisia dan Yaman.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

2 days ago