Tidak Lagi Terhad Kepada Akaun Terpilih, Semua Pengguna Instagram Kini Boleh Berkongsi Link Di IG Stories

Jika anda ingat sekitar Ogos lalu, Instagram telah mengumumkan secara rasmi untuk menamatkan ciri perkongsian pautan menggunakan fungsi Swipe up dan menggantikannya dengan fungsi pelekat (Sticker) pautan.

Meskipun ada sedikit kelewatan berbanding tarikh 30 Ogos yang dijanjikan, kini ciri tersebut telah sepenuhnya digantikan dengan fungsi pelekat pautan yang baharu dan sudahpun dapat dibiasakan oleh orang ramai.

Namun semalam, Instagram menerusi satu kenyataan mengumumkan fungsi tersebut yang sebelum ini hanya tersedia untuk pengguna terpilih kini sudah boleh digunakan oleh semua penggunanya.

Menurut TechCrunch, Instagram berkata keputusan tersebut diambil selepas mendapat maklum balas dari seluruh komuniti penggunanya yang berdendapat ciri tersebut telah memberikan impak yang positif kepada akaun mereka.

“Kami mengambil keputusan ini berdasarkan maklum balas yang kami terima dari seluruh komuniti yang terdiri dari pencipta kandungan dan perusahaan dari semua saiz yang telah menerima manfaat dari perkongsian pautan dalam memperkembangan akaun mereka” lapor TC.

Perkara sama turut dikongsikan Instagram menerusi satu kenyataan.

“Sewaktu kami mula memperkenalkan ciri pautan pada Stories, ia hanya terhad untuk pengguna verified atau pengguna yang mempunyai bilangan pengikut tertentu.

“Kami sudah mendengar dari seluruh komuniti dimana mereka juga ingin berkongsi perkara yang dirasakan penting dengan kenalan. Baik dari masakan, sukarelawan, beli belah atau apa sahaja yang anda minati, anda kini sudah mempunyai ruang untuk berkongsi di Stories- tanpa mengira jenis akaun anda” kata kenyataan tersebut.

Namun harus diingatkan fungsi ini akan ditarik balik buat pengguna yang kerap melanggar terma dan syarat Instagram antaranya berkongsi hate speech dan maklumat yang kurang tepat.

Semua ini bagi memastikan instagram kekal selamat untuk semua penggunanya.

Cara kongsi link di IG Stories

Meskipun ciri ini hanya akan bersedia sebai  Instagram selesai melakukan beberapa siri ujian pada beberapa pengguna, di bawah kami kongsikan cara untuk anda berkongsikan pautan di IG Stories anda di masa mendatang:

1.Ambil foto atau muat naik kandungan ke story anda


2.Pilih ‘tool’ pelekat yang terletak di bahagian atas (rujuk gambar bawah)


3.Tekan pelekat bertulis Link, masukkan URL dan tekan done.

4. Letak pelekat tersebut dimana sahaja posisi yang anda mahukan.

Letak pelekat tersebut dimana sahaja posisi yang anda mahukan. Anda juga boleh menukar warnanya hanya dengan menekan pelekat berkenaan.

Sebaik selesa tekan anak panah kanan diikuti butang share. Selesai !

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

7 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

8 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

9 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

10 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

11 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

12 hours ago