Tidak Lagi Terhad Kepada Akaun Terpilih, Semua Pengguna Instagram Kini Boleh Berkongsi Link Di IG Stories
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Jika anda ingat sekitar Ogos lalu, Instagram telah mengumumkan secara rasmi untuk menamatkan ciri perkongsian pautan menggunakan fungsi Swipe up dan menggantikannya dengan fungsi pelekat (Sticker) pautan.
Meskipun ada sedikit kelewatan berbanding tarikh 30 Ogos yang dijanjikan, kini ciri tersebut telah sepenuhnya digantikan dengan fungsi pelekat pautan yang baharu dan sudahpun dapat dibiasakan oleh orang ramai.
Namun semalam, Instagram menerusi satu kenyataan mengumumkan fungsi tersebut yang sebelum ini hanya tersedia untuk pengguna terpilih kini sudah boleh digunakan oleh semua penggunanya.
Menurut TechCrunch, Instagram berkata keputusan tersebut diambil selepas mendapat maklum balas dari seluruh komuniti penggunanya yang berdendapat ciri tersebut telah memberikan impak yang positif kepada akaun mereka.
“Kami mengambil keputusan ini berdasarkan maklum balas yang kami terima dari seluruh komuniti yang terdiri dari pencipta kandungan dan perusahaan dari semua saiz yang telah menerima manfaat dari perkongsian pautan dalam memperkembangan akaun mereka” lapor TC.
Perkara sama turut dikongsikan Instagram menerusi satu kenyataan.
“Sewaktu kami mula memperkenalkan ciri pautan pada Stories, ia hanya terhad untuk pengguna verified atau pengguna yang mempunyai bilangan pengikut tertentu.
“Kami sudah mendengar dari seluruh komuniti dimana mereka juga ingin berkongsi perkara yang dirasakan penting dengan kenalan. Baik dari masakan, sukarelawan, beli belah atau apa sahaja yang anda minati, anda kini sudah mempunyai ruang untuk berkongsi di Stories- tanpa mengira jenis akaun anda” kata kenyataan tersebut.
Namun harus diingatkan fungsi ini akan ditarik balik buat pengguna yang kerap melanggar terma dan syarat Instagram antaranya berkongsi hate speech dan maklumat yang kurang tepat.
Semua ini bagi memastikan instagram kekal selamat untuk semua penggunanya.
Cara kongsi link di IG Stories
Meskipun ciri ini hanya akan bersedia sebai Instagram selesai melakukan beberapa siri ujian pada beberapa pengguna, di bawah kami kongsikan cara untuk anda berkongsikan pautan di IG Stories anda di masa mendatang:
1.Ambil foto atau muat naik kandungan ke story anda
2.Pilih ‘tool’ pelekat yang terletak di bahagian atas (rujuk gambar bawah)
3.Tekan pelekat bertulis Link, masukkan URL dan tekan done.
4. Letak pelekat tersebut dimana sahaja posisi yang anda mahukan.
Letak pelekat tersebut dimana sahaja posisi yang anda mahukan. Anda juga boleh menukar warnanya hanya dengan menekan pelekat berkenaan.
Sebaik selesa tekan anak panah kanan diikuti butang share. Selesai !