“Grab Ke Ambulans Ni” – Video Driver Grab Tambah Penghadang Lutsinar Demi Jaga SOP Buat Ramai Kagum

Tidak dapat dinafikan, meskipun trend penularan jangkitan Covid-19 dalam negara dilihat semakin menurun ditambah dengan majoriti rakyat Malaysia sudah lengkap vaksinasi, rata-rata rakyat Malaysia masih lagi memilih untuk berhati-hati bagi mengelakkan dijangkiti wabak maut tersebut.

Ramai yang dilihat yang masih mengekalkan saranan kerajaan untuk mengurangkan aktiviti di luar dan melakukan apa sahaja urusan secara online.

Namun buat mereka yang perlu mencari rezeki diluar, tidak banyak yang dapat mereka mereka lakukan melainkan terus berwaspada dengan mengenakan double mask bersama face shield ketika keluar rumah, menjaga penjarakan fizikal dengan orang ramai dan banyak lagi.

Situasi ini bagaimanapun dilihat sedikit berbeza buat seorang pemandu Grab dimana dia dilihat dia dilihat lebih ekstrim dalam menjaga keselamatannya.

Menerusi video yang dimuat naik seorang pengguna TikTok, Tengku Asmadi pemandu e-hailing berkenaan dilihat telah memasang penghadang lutsinar yang dipercayai diperbuat dari plastik yang membahagikan ruang diantara kerusi pemandu di hadapan dan ruang penumpang di belakang.

Bukan itu sahaja, dia turut dilihat menyediakan dua saluran penghawa dingin yang ‘ditarik’ dari bahagian depan terus ke bahagian penumpang bagi memastikan mereka di belakang masih dapat menerima angin sejuk dari penghawa dingin keretanya.

Pengubahsuaian tersebut nyata mengejutkan Tengku Asmadi yang menyifatkan dia seolah sedang menaiki ambulans dan bukannya grab.

Grab dah macam ambulans

@tengkuasmadi

Grab dah macam ambulance ##grab

♬ Oh No – Kreepa

Dia bagaimanapun mengakui berasa selamat menaiki kenderaan tersebut walaupun ada sedikit berasa janggal.

Video tersebut nyata menarik perhatian netizen yang kagum dengan usaha yang dilakukan pemandu Grab berkenaan dalam melindungi diri dan penumpangnya.

Ramai yang dilihat memuji pengubahsuaian yang dilakukan pemandu berkenaan meskipun sukar untuk membuktikan sejauh manakah keberkesanannya.

Ada juga yang turut berseloroh akan memberikan 10 bintang jika menggunakan servis pemandu tersebut.

Secara peribadi, kami sendiri merasakan tindakannya wajar dipuji. Tak salah pun bukan kerana mencegah adalah lebih baik dari merawat.

Berikut antara komen menarik yang dikongsikan netizen :

Bagus betul driver ni

Tabik Spring.. memang patut macam ni

Dapat macam ni aku rate 10 bintang

Kementerian wajar bagi penghargaan

Cari rezeki sambil menjaga SOP

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

11 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

12 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

12 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

13 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

13 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

14 hours ago