Jaga-jaga! Nombor Plat Kabur & Fancy Adalah Satu Kesalahan, Pemilik Boleh Didenda Sehingga RM3,000

Mungkin ramai yang menyedari, terdapat banyak kenderaan di atas jalan raya khususnya kenderaan mewah yang kerap menggunakan no plat ‘fancy’.

Bahkan trend ini turut diikuti ramai peminat motosikal walhal perbuatan ini sebenarnya menyalahi undang-undang jalan raya.

Namun tahukah anda, sekiranya didapati bersalah pemilik kenderaan boleh dikenakan denda tidak kurang RM300 dan tidak lebih RM3,000.

Peringatan tersebut dikongsikan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi satu hantaran di Facebook mereka semalam.

Selain nombor plat ‘fancy’, nombor plat yang mengelirukan dan kabur turut merupakan satu kesalahanan kerana ianya tidak mengikuti spesififikasi yang ditetapkan di bawah Akta Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Orang ramai dinasihatkan untuk mematuhi peraturan bagi memasang nombor pendaftaran kenderaan mengikut spesifikasi yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Jika didapati melanggar peraturan tersebut, boleh didenda tidak kurang RM300 dan tidak lebih RM3,000 di bawah Seksyen 14 (4) APJ 1987.

JPJ

Jadi apakah spesifikasinya ?

Menerusi semakan kami di laman rasmi JPJ, ia adalah spesifikasi nombor plat kenderaan yang dikeluarkan mereka :

Foto : Laman Rasmi JPJ

JPJ benarkan orang awam laporkan kesalahan

Sebagai peringatan mesra kepada anda, JPJ menerusi kenyataaan sama turut membenanarkan orang awam untuk membuat laporan jika ternampak mana-mana kenderaan yang memasang nombor plat mengelirukan.

Jelas JPJ, aduan berkenaan boleh disalurkan menerusi alamat e-mel aduantrafik@jpj.gov.my bersama gambar kenderaan dan butiran lain yang berkaitan.

“Orang ramai adalah disarankan untuk melaporkan mana-mana kenderaan yang memasang nombor pendaftran yang mengelirukan, kabur atau ‘fancy’,” katanya.

Jadi masih nak kekal dengan nombor plat fancy lagi?

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

3 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

4 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

4 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

5 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

5 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

6 hours ago