Seolah Tak Peka Nasib Rakyat, Menteri Vietnam Dikecam Makan Stik Mewah di Restoran Salt Bae

Buat penggemar makan yang mengikuti perkembangan chef terkenal dari Tukri, Salt Bae pasti tahu yang dia baru sahaja membuka cawangan baru restoran mewah miliknya, Nusr-Et Steakhouse di Kota London sekitar September lalu.

Sejak pembukaannya, restoran itu sentiasa dikunjungi golongan ternama baik dari golongan selebriti, atlet terkenal malahan ahli politik.

Terbaru restoran tersebut turut mendapat kunjungan seorang menteri dari Vietnam. Namun kunjungan To Lam yang merupakan Menteri Keselamatan Awam mendapat kritikan hebat dari rakyat Vietnam.

Difahamkan ia mula menjadi perhatian netizen selepas restoran tersebut memuat naik satu video di akaun media sosial mereka memperlihatkan ahli politik tersebut sedang menikmati makanannya sebelum mereka bertindak membuang video tersebut.

Menerusi video tersebut, To Lam dilihat sedang menikmati stik yang dibalut dengan daun emas yang disuap dan disediakan sendiri oleh chef terkenal tersebut.

Video tersebut menaikkan kemarahan ramai yang menyifatkan dia tidak peka dengan keadaan negara mereka yang terpaksa bergelut dengan kemerosotan ekonomi selepas gelombang dahsyat COVID-19.

Menurut segelintir netizen di sana, kerajaan mereka kerap kali mengingatkan rakyat disana mengenai masalah kewangan yang dihadapi negara, namun mereka dalam masa sama menggunakan duit rakyat untuk menikmati kehidupan mewah.

Meskipun kehadirannya ke United Kingdom bukan lah semata-mata untuk bersiar-siar atau melancong sebaliknya sebagai delegasi Vietnam untuk menghadiri Climate Change Forum (COP26) oleh pihak United Nations di Glasgow, Scotland, namun pemilihan restoran tersebut dianggap tidak bersesuaian kerana harga disana pastinya mahal dan lebih tinggi daripada sebulan gaji penduduk di Vietnam.

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

2 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

2 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

3 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

4 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

4 hours ago