Majikan Di Portugal Diharamkan Hubungi Pekerja Selepas Waktu Pejabat

Isu kesihatan mental di tempat kerja bukan lagi satu perkara baharu di seluruh dunia termasuk di negara kita.

Kajian yang dilakukan WHO mendapati antara penyebab utama penyakit mental di tempat kerja adalah beban kerja melampau, tempoh masa bekerja yang panjang, kurangnya kawalan, kerja rutin, kurangnya ganjaran, konflik antara individu, dan masalah organisasi.

Keadaan dilihat lebih memburuk ekoran dari pandemik Covid-19 yang mula menyerang dunia pada tahun lalu sehingga memaksa kebanyakan organisasi terpaksa bekerja dari rumah sebagai usaha mengekang penularan wabak maut tersebut.

Peka dengan isu berkenaan, kerajaan Portugal telah memperkenalkan satu undang-undang buruh baharu yang melarang majikan daripada menghubungi pekerja sebaik tamat waktu bekerja.

Ini termasuklah menelefon atau menghantar e-mel kepada pekerja pada waktu malam mahupun di hujung minggu.

Menerusi laporan sama, kegagalan mematuhi arahan tersebut boleh menyebabkan mana-mana perusahaan dikenakan penalti oleh pihak berkuasa.

Majikan juga perlu tanggung bil elektrik dan internet semasa bekerja

Menurut laporan Dailymail, keputusan berkenaan yang diputuskan pada sidang parlimen pada minggu lalu menjadikan Portugal sebagai negara pertama di Eropah yang mengubah peraturan bekerja dari rumah disebabkan wabak Covid-19.

Selain itu, undang-undang baru tersebut turut menggariskan bahawa majikan perlu menanggung perbelanjaan pekerja berikutan pelaksanaan bekerja dari rumah (WFH) di sana antaranya perbelanjaan bil elektrik dan internet yang tinggi.

Foto : Incharge

Kos berkenaan bagaimanapun boleh disenaraikan sebagai kos perbelanjaan syarikat demi menjaga kebajikan organisasi.

Menerusi undang-undang sama, majikan juga dilarang dari mengawasi pekerja mereka ketika bekerja dari rumah manakala pekerja yang sudah mempunyai anak turut diberikan kelonggaran untuk terus bekerja di rumah sehingga anak mereka berumur 8 tahun.

Namun difahamkan, kesemua perubahan ini bagaimanapun hanya tertakluk kepada syarikat yang mempunyai pekerja lebih dari 10 orang sahaja.

Foto : Unpsplash (Nordwood/ Linkedin)

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago