Baru Sahaja Viral, Port Cantik Untuk Bergambar & Tengok Kapal Terbang Ditutup Selepas Dipenuhi Sampah

Baru-baru ini, tular di media sosial satu lokasi cantik yang terletak berdekatan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Terletak berhampian Anjung Spotter KLIA, port tersebut merupakan salah satu lokasi pilihan penduduk tempatan untuk bersantai dan mengambil gambar memandangkan orang ramai dapat menyaksikan pesawat terbang rendah untuk berlepas dan mendarat di landasan KLIA.

Penularan lokasi tersebut menyebabkan ia mula dipenuhi orang ramai yang ingin menyaksikan sendiri kapal terbang pada jarak dekat selain bergambar bersamanya.

Sudah ditutup oleh pengurusan Malaysia Airports

Namun terbaharu, seorang pengguna Facebook, Are Peace memaklumkan port berkenaan sudah pun ditutup oleh pengurusan Malaysia Airports.

Ditutup kerana isu keselamatan dan sampah

Dia menerusi dua perkongsian berbeza berkata kawasan tersebut ditutup atas dua sebab iaitu atas faktor keselamatan selain terdapat lambakan sampah yang ditinggalkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

“Punya ramai org sejak tempat ni viral. So hari ni abang nak umumkan tempat yang viral sangat ni sudah ditutup. Yada niat nak datang tu boleh la tukar balik niat tu,” tulis Are Peace.

Dia bagaimanapun menjelaskan hanya kawasan yang menjadi tumpuan ramai itu sahaja yang telah ditutup manakala jalan utama di sana masih lagi dibuka.

“Tempat yang tutup tu adalah tempat viral seperti dalam video itu sahaja… Kalau siapa yang pernah pergi akan tahu sebab dekat area situ ada dua, tiga tmpat yang jadi tumpuan orang ramai jadi tempat yang di dalam video saya sahaja yang ditutup,” katanya lagi.

Anjung Spotter masih dibuka

Namun difahamkan viewing deck di Anjung Spotter yang terletak berhampiran masih lagi dibuka dan tetap boleh dikunjungi orang ramai.

Perkongsian Are Peace kemudian mendapat perhatian orang ramai di mana rata-rata mereka yang tidak sempat menjejakkan kaki ke sana meluahkan rasa sedih dengan penutupan port berkenaan.

Ramai yang turut menzahirkan rasa kesal apabila mengetahui antara punca ianya ditutup adalah disebabkan lambakan sampah di kawasan berkenaan.

Berikut antara luahan orang ramai mengenai penutupan kawasan berkenaan disebabkan sikap segelintir individu yang tidak bertanggungjawab.

Foto header : @aia.aizatahmad /Are

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

1 day ago