Cabar Diri Akan Balik Johor Bogel Jika JDT Kalah, Netizen Mahu Lelaki Ini Tunai Janji

Umum mengetahui pasukan bola sepak KL City FC semalam mencipta sejarah apabila berjaya menundukkan gergasi bola sepak tempatan, Johor Darul Ta’zim (JDT) 2-0 di perlawanan akhir Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kejayaan itu sekaligus menamatkan penantian 32 tahun The City Boys selepas kali terakhir menjulang piala berprestij itu tahun 1989.

Keputusan ini ternyata mengejutkan banyak pihak baik penyokong JDT mahupun penyokong pasukan bola sepak lain memandangkan skuad Harimau Selatan itu merupakan juara bertahan dan pilihan utama untuk bergelar juala Piala Malaysia bagi edisi ke-100 tahun.

Namun kekalahan ini pastinya memberikan tamparan hebat kepada seorang penyokong JDT yang videonya tular di mana dia memaklumkan akan pulang ke Johor dalam keadaan berbogel sekiranya KL City mampu menundukkan pasukan kegemarannya.

“Tolong cari mamat ni”

Sehubungan itu seorang pengguna Twitter, MO. Anuar telah meminta orang ramai untuk mengesan pemuda berkenaan bagi menagih janjinya.

“Sesiapa boleh carikan mamat ni. Dapat sampai Ayer Keroh pun ok,” ciap Mo. Anuar.

Perkongsian tersebut kemudian menarik perhatian para netizen yang berharap pemuda berbaju kuning itu akan menunaikan janjinya.

Namun tidak lama kemudiannya, seorang pengguna Twitter telah berkongsi satu lagi tangkap layar dipercayai pemuda tersebut bersama kenyataan ringkas memohon maaf kerana tidak dapat mengotakan janjinya.

Terus sesak nafas

Menerusi perkongsian M.K Izuddin, pemuda berkenaan dipercayai mengalami sesak nafas justeru tidak dapat menunaikan apa yang dikatakannya.

“Minta maaf.. tak jadi bogel KL ke Johor, saya ada sesak nafas.” tulis pada kenyataan tersebut.

Tutup muka pakai mask

Meskipun tidak dapat dipastikan kesahihan tangkap layar berkenaan, carian kami di sebuah akaun Facebook dipercayai milik individu berkenaan mendapati dia ada memuat naik satu foto menunjukkan wajahnya yang tertutup dengan pelitup muka.

Dia menerusi satu lagi video turut diihat tampil bertanya kepada orang ramai yang mengecamnya adakah tidak takut dengan dosa.

Hantaran tersebut bagaimanapun tidak meredakan kecaman orang ramai terhadapnya. Ramia yang terus mengasak dia agar terus menunaikan janji yang di katakannya beberapa hari lalu.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago