Kes Langgar SOP PKPB, Neelofa & PU Riz Dilepas Tanpa Bebas

Jika anda ingat sekitar Mei lalu, pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa dan suaminya, pendakwah bebas dan pelakon, PU Riz telah didakwa di mahkhamah atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersayarat (PKPB) ketika merentas negeri di sebuah kedai permaidani di Seremban.

Pasangan ini dituduh di bawah Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No. 4)(Pindaan)(No.12) 2021 di Mahkamah Majistret Seremban pada 20 Mei 2021.

Terbaharu, Majistret Mohd Firdaus Saleh hari ini telah melepas tanpa membebaskan kedua-dua mereka terhadap pertuduhan melanggar SOP PKPB tersebut.

Keputusan ini difahamkan diambil Majistret selepas Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Aling, menarik balik semua pertuduhan yang dikenakan terhadap kedua-dua mereka.

Menerusi laporan Berita Harian, mahkamah bagaimanapun menetapkan  tarikh 21 Disember bagi membuat keputusan membebaskan kedua-dua tertuduh berkenaan.

Neelofa atau nama betulnya Noor Neelofa Mohd Noor didakwa atas satu kesalahan iaitu tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk atau menulis secara manual di di Kedai Naeem Carpet Sdn Bhd, Kawasan Perindustrian Nilai 3, Nilai, pada 4 petang, 2 Mei lalu

Manakala PU Riz atau nama betulnya, Muhammad Haris, 26, dituduh ada dua kesalahan iaitu yang pertama tidak melakukan imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk dan kesalahan kedua, tidak memakai pelitup muka pada masa, lokasi dan tarikh yang sama.

Foto : Sinar Harian

“Kes ini bukanlah perkara besar tapi diperbesarkan” – Peguam Tan Sri Muhammad Shafee

Menurut Sinar Harian, peguam yang mewakili kedua mereka, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika ditemui berkata beliau berpuas hati apabila pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan terhadap anak guamnya.

“Representasi kami telah pun diterima Jabatan Peguam Negara. Kes ini bukanlah perkara besar tetapi dibesar-besarkan.

“Kita agak gembira dengan keputusan ini walaupun kita rasa boleh menang dengan cara mudah terhadap ketiga-tiga pertuduhan yang disabitkan,” katanya.

Tambah Muhammad Shafee lagi, anak guamnya mungkin akan dikenakan tindakan kompaun sama ada pada Rabu atau Khamis ini.


Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

4 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

5 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

6 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

7 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

10 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

10 hours ago