fbpx
Now Reading
Terlampau Stres & Bengang Dengan Majikan, Wanita Nekad Bakar Tempat Kerja

Terlampau Stres & Bengang Dengan Majikan, Wanita Nekad Bakar Tempat Kerja

Tindakannya itu menyebabkan keseluruhan gudang berkenaan terbakar sekaligus mengakibatkan syarikat itu kerugian lebih RM5 juta ringgit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka hanya kerana berang dan tidak tahan ‘dimaki’ oleh majikannya, seorang wanita di Thailand nekad membakar gudang minyak tempat dia bekerja.

Kejadian yang berlaku di wilayah Nakhon Pathom itu mencuri perhatian orang ramai dan media apabila tindakannya itu menyebabkan seluruh kilang milik Prapakorn Oil hangus terbakar sekaligus mengakibatkan kerugian lebih £900,000 (RM5 Juta)

Lebih memburukkan keadaan, tindakannya itu turut menyebabkan lebih 10 buah rumah yang berada di kawasan berhampiran turut hangus.

Ann Sriya, 38, seorang ketua pekerja di perusahaan berkenaan difahamkan sudah tidak tahan dan berada di dalam tekanan kerana kerap dimarahi majikannya.

Dia kemudian nekad membakar sekeping kertas sebelum melemparkannya ke sebuah tong minyak sehingga menyebabkan api menjulang yang akhirnya marak ke seluruh gudang berkenaan pada 29 November lalu.

Menurut laporan Daily Mail, pasukan bomba yang terdiri dari ratusan aanggota dan lebih 40 jentera bomba telah dikerahkan untuk mengawal keadaan.

Namun disebabkan api yang begitu marak, mereka terpaksa mengambil masa lebih empat jam lamanya untuk meredakan kebakaran.

Malah sebahagian dari pasukan penyelamat terpaksa bertungkus lumus menghalang minyak yang terbakar dari tumpah dan mengalir ke dalam sungai dan kawasan perumahan berhampiran.

Difahamkan perbuatan Sriya turut berjaya dirakam CCTV menyebabkan dia akhirnya ditahan pihak berkuasa.

Sewaktu siasatan, Sriya mengakui membakar kilang berkenaan kerana terlalu tertekan dan bengang dengan majikannya, Pipat Ungprapakorn yang boleh dikatakan hampir setiap hari akan memarahinya.

”Dia berkata majikannya setiap hari merungut kepadanya hingga menyebabkan dia menjadi tertekan, namun dia sama sekali tidak menyangka kebakaran yang dia mulakan boleh menyebabkan kerosakan sebesar ini,” kata Mejar Jeneral Chonchavin Purtanon.

Ekoran itu dia kini telah ditahan reman manakala majikannya pula sedang dalam siasatan pihak polis.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.