“Saya Tak Guna Aset Kerajaan” -Jovian Perjelas Isu Diselamatkan Oleh Helikopter Ketika Banjir

Umum pasti mengetahui negara sejak hujung minggu lalu dilanda banjir besar ekoran dari hujan lebat yang berterusan selama dua hari selain ditambah dengan fenomena air pasang.

Keadaan itu menyebabkan banyak kawasan ditenggelami air dan terputus hubungan dengan dunia luar.  Lebih buruk lagi apabila ada di kalangan mangsa banjir yang terperangkap berjam-jam lamanya sementara menunggu untuk diselamatkan.

Namun disebalik bencana yang terjadi, tular di laman Twitter luahan rasa tidak puas hati seorang netizen mengenai pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie yang juga menantu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri yang difahamkan telah diselamatkan oleh sebuah helikopter ketika terkandas di Shah Alam gara-gara banjir di kawasan tersebut.

“Sebab kau menantu PM boleh diselamatkan naik heli, siap tayang kat ig”

Ciapan tersebut kemudian menarik perhatian warga Twitterjaya sehingga ramai mula mengecam tindakan Jovian seolah-olah menggunakan pengaruh dan kuasa bapa mertuanya untuk menyelamatkan diri.

Bahkan ada yang menganggap dia hanya menunjuk-nunjuk kerana memuat naik perkara berkenaaan di IG Story.

“Tak mungkin saya akan guna benda yang bukan hak saya”

Enggan isu tersebut dipanjangkan, Jovian kemudian tampil menerusi satu hantaran di IG menafikan bahawa beliau menggunakan aset milik kerajaan untuk kegunaan peribadi.

Malah menurut Jovian, dia langsung tiada niat untuk menunjuk-nunjuk seperti yang didakwa netizen lainnya.

“Isu helikopter, tak perlu dipanjangkan. Bukan nak menunjuk, kalau nak menunjuk saya dah ‘posing’ dan buat video serta bergambar sakan.

“Siapa yang kenal saya, mereka tahu saya bukan seperti itu. Saya tak guna aset kerajaan, Lillahi Taala. Tak mungkin saya akan guna benda yang bukan hak saya,”

Jovian Mandagie

Dipersoalkan kerana tidak membantu orang lain ketika dijemput oleh helikopter tersebut, Jovian dengan tenang kemudian menjelaskan ia adalah helikopter komersial justeru pintunya tidak boleh dibuka untuk menurunkan bantuan atau membantu menaikkan mangsa yang terkandas akibat banjir.

“Kalian nak maki hamun saya silakan, tapi itu adalah fitnah. Kenapa tak guna helikopter untuk bantu orang ramai? Jawapannya,  itu adalah helikopter komersial, jadi tak boleh nak buka pintu dan turunkan bantuan atau naikkan mangsa,” tulis Jovian.

Dia dalam masa sama meminta mana-mana individu yang tidak gemar dengan perkongsian tersebut untuk berhenti mengikuti perkembangannya di media sosial.

Tambahnya ada banyak lagi perkara yang perlu diketengahankan iaitu cara untuk membantu orang ramai berbanding mencari kesalahan dirinya.

“Kalau u tak suka saya, unfollow saja. Please do better to help the nation than just bashing what is not right abt me.

“There are better things to be done to help people out there. Betul orang memang tengah sengsara. Kalau nak join turun padang agihkan makanan roger saya,”

Difahamkan sejak semalam, pereka fesyen itu bersama pasukan sukarelawan ZeroHunger.Org telah turun membantu menyelamatkan mangsa banjir di kawasan Taman Sri Muda Shah Alam dan beberapa kawasan.

Baca artikel berkaitan :

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

2 days ago