Tular Dakwaan Konon Wartawan Minta Mangsa Banjir Berlakon, Ini Sebenarnya Yang Terjadi

Media sosial sejak beberapa lalu hangat memperkatakan mengenai sebuah video mengenai seorang warga emas yang kehilangan tempat tinggal di Batu 18, Kampung Jawa, Hulu Langat, Selangor ekoran dari banjir besar.

Dimuat naik oleh portal Kosmo di akaun Twitter dan Instagram rasmi mereka, video tersebut nyata menimbulkan rasa sebak di kalangan orang ramai apabila warga emas itu yang dikenali sebagai Ruhana Mahfodz dilihat sayu sambil berdiri di tempat tinggalnya itu yang hanya tinggal tangga manakala bahagian lain difahamkan musnah sepenuhnya.

Namun video tersebut menimbulkan kecaman orang ramai apabila terdengar beberapa suara di sebalik kamera yang seolah mengarahkan wanita berkenaan untuk berlakon demi mendapatkan sudut dan gambar yang cantik.

Meskipun pihak Kosmo pada ruangan kapsyen dan ruangan balas ciap sudah menjelaskan ‘arahan’ berkenaan bukanlah dari pihak mereka, netizen di Instagram dan Twitter yang berang telah berterusan menyerang posting berkenaan.

Lebih teruk lagi apabila mereka yang tidak tahu apa yang telah terjadi bertindak menularkan perkara berkenaan tanpa usul periksa hingga menyebabkan portal berkenaan terus dikecam.

Ahli keluarga mangsa tampil perjelas apa yang terjadi

Enggan pihak Kosmo terus menjadi mangsa, seorang pengguna Twitter, @qwareen kemudiannya tampil menjelaskan apa sebenarnya yang terjadi.

Menurutnya suara yang didengari itu sememangnya bukan dari mulut wartawan yang bertugas sebaliknya dari orang lain.

Dia menerusi ciapan tersebut turut berkongsi paparan tangkap layar perbualan di antara ahli keluarga mangsa dengan rakan-rakannya.

Wartawan jadi mangsa keadaan

Difahamkan orang yang bertindak mengarahkan warga emas berkenaan untuk berlakon adalah adik-beradinya sendiri. Malah suara wanita yang di dalam video itu pula adalah suara salah seorang anak saudaranya.

“Semua suara ahli keluarga”

Menerusi perbualan Whatsapp itu, seorang wanita yang menggunakan nama Ena dipercayai anak saudara kepada warga emas berkenaan mengaku suara yang kedengaran mengarahkannya memegang tangga adalah suaranya.

“Wey jap, tu suara i tu suruh maklong naik tangga. Semua suara family”

Jelasnya lagi semua suara itu adalah dari kalangan ahli keluarganya iaitu dia dan bapanya.

“Tu suara bapak aku. Suruh dia pegang-pegang sikit kak”

Sudah meminta maaf kepada wartawan

Menurut Ena lagi, menyedari yang isu tersebut menyebabkan wartawan berkenaan menjadi mangsa keadaan sehingga teruk dikecam, dia dan ahli keluarganya yang bersimpati kemudiannya bertindak memohon maaf kepadanya.

Dia menerusi perbualan itu turut meminta rakannya itu untuk menghebahkan perkara berkenaan demi memperbetulkan keadaaan sekaligus dapat membersihkan nama wartawan dan portal berkenaan.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago