Video Ebby Yus Masih Mampu Tersenyum Kongsi Detik Rumah Dihanyut Banjir Buat Ramai Sebak

Media sebelum ini melaporkan rumah impian yang dibina pelakon dan pelawak, Ebby Yus hasil titik peluhnya selama tiga puluh tahun sebagai anak seni musnah ekoran dari bencana pada hujung minggu lalu.

Rumah tersebut yang difahamkan sudah 90% siap dan terletak di Kuala Langat, Selangor musnah dan lenyap dari pandangan selepas dihanyutkan arus deras.

Menurut laporan BH,  ia sekaligus mengakibatkan Ebby atau nama sebenar, Muhammad Yunus Abdul Rashid kerugian hampir RM200,000.

Video rumah Ebby Yus yang hanyut

Terbaharu semalam, Ebby yang dijemput MeleTop untuk satu temubual telah berkongsi detik-detik kejadian sewaktu kejadian.

Difahahamkan beliau sebenarnya pada waktu itu berada di rumah dua tingkat itu untuk melihat kerja-kerja akhir pembinaan termasuk proses memasang wallpaper.

Namun disebabkan paras air yang semakin meningkat, dia yang menaiki kereta rendah telah disarankan untuk pulang terlebih dahulu.

Rumah sebelum kejadian via BH

Rumah Ebby Yus yang musnah dihanyutkan air deras Foto: Media Sosial

Dia yang sedang memandu keluar kemudian mendapat panggilan dari seorang rakan ustaz yang mengajaknya untuk menyertai misi bantuan banjir di Bukit Kapar.

Sewaktu menjalankan misi bantuan di sana, dia telah menerima panggilan dari tukang yang membina rumah memaklumkan bahawa rumahnya telah dimasuki air banjir hingga menjadi senget.

Namun tidak lama kemudiannya dia mendapat satu lagi panggilan memaklumkan bahawa rumahnya sudah tiada.

Kejap lagi saya dengar suara menangis. Bang rumah abang dah takda. Saya… Apa yang saya nak buat. Ya Allah Ya Tuhanku, setakat itulah yang kau beri kat aku.

Reda dengan apa yang terjadi

Dia yang kelihatan tenang malah beberapa kali ketawa bagaimanapun kedengaran sedikit sebak semasa bercerita. Dia dilihat hampir bergenang air mata apabila melihat reaksi Nabil Ahmad yang begitu sebak mendengar perkongsian tersebut.

“Saya cuba untuk tidak mengalirkan air mata tapi saya mengalir air mata apabila melihat orang lain yang ujiannya lebih dahsyat.

“Apa yang saya bersyukur Allah masih beri saya nafas”

Siap beri punch line

Menerusi temubual tersebut, Ebby Yus juga dilihat sempat menghiburkan orang ramai apabila memberikan punchline tentang apa yang berlaku terhadap rumahnya.

“Rumah orang lumpur masuk, orang bersihkan, rumah saya masuk dalam lumpur nak bersihkan apa pun tak tahu.

Temubual tersebut membuatkan orang ramai termasuk Nabil dan Elly Mazlein berasa sebak dengan ujian yang menimpa Ebby.

Rata-rata netizen menyifatkan beliau begitu tabah apabila mampu tersenyum dan ketawa walhal baru sahaja kehilangan rumah idamannya.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

1 day ago