“Kritik & Hina Adalah 2 Perkara Berbeza” – Netizen Kecewa Ada Pihak Edit Nama Rina Harun Secara Keterlaluan

Sejak beberapa hari lalu, nama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun hangat diperkatakan di media sosial selepas tular beberapa foto memperlihatkan dia sedang melakukan pembersihan di sebuah sekolah dengan menggunakan waterjet.

Isu tersebut kemudian terus melarat apabila netizen dilihat tidak dapat menerima penjelasan yang dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang memaklumkan Rina sebenarnya pada waktu itu sedang membantu mencuci kesan-kesan najis unggas dan cicak yang dilaporkan pihak sekolah sukar dibersihkan sebelum ini.

Baca artikel berkaitan: Netizen Tak Setuju Penjelasan JKM Yang Rina Harun Guna Waterjet Untuk Cuci Kesan Najis Unggas & Cicak

Ini kerana ramai mempersoalkan kenapa PPS yang dipilih untuk dijadikan kawasan pembersihan walhal dengan adanya waterjet, ia sepatutnya digunakan untuk membersihkan rumah dan kawasan orang awam yang teruk diliputi lumpur.

Namun siapa sangka, bermula dari kritikan ia akhirnya melarat menjadi hinaan yang melampau apabila ada individu tidak bermoral dilihat menyunting nama Rina di laman Wikipedia dengan kata-kata kesat dan jelik.

Perbuatan jijik ini mula tular selepas dikongsikan seorang pengguna Twitter yang menyifatkan perlakuan tersebut adalah melampau dan perlu dihentikan.

Menurut @zhantafa, mengkritik dan menghina adalah dua perkara berbeza di mana kritikan yang membina diberikan oleh mereka yang matang dan profesional manakala penghinaan dan kata nista pula dilontarkan oleh orang-orang ‘bodoh’.

Jelasnya orang ramai mengkritik adalah disebabkan cara Rina menjalankan tugasnya namun tidak sepatutnya menyerang peribadinya termasuklah isu fizikal dan namanya.

Ciapan itu kemudian menarik perhatian ramai netizen yang bersetuju dengan pendapat yang dikongsikan @zhantafa.

Ramai yang merasakan adalah keterlaluan untuk menghina Ahli Parlimen Titiwangsa itu sebegitu rupa. Malah ramai bersetuju tindakan berkenaan adalah satu tindakan buli siber yang sepatutnya dihentikan sebelum melarat.

Meskipun suntingan di Wikipedia itu telah pun dipadamkan namun ada yang memaklumkan ianya masih boleh dilihat pada sejarah suntingan di laman tersebut.

Berikut antara respon yang diberikan netizen :

“Orang yang kutuk dia ni dah melebih. Nak kritik, kritik kerja dia je la”

Sebabtu tak boleh galakkan kutuk orang, nanti ada yang melampau batas

Recent Posts

  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

43 mins ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

55 mins ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

2 hours ago
  • Trending

Asrama Bersih & Cantik, Ramai Teruja Lihat Warga Emas Dalami Ilmu Agama Di Sekolah Pondok [Video]

Asrama tersebut dipercayai milik Pondok Pengajian Yayasan Al Muhammadiah yang terletak di Kampung Kuantan, Kuala…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Suspek Pertama Simbah Asid Faisal Halim Yang Ditahan Di Pandan Indah Rupanya Bukan Pelaku

Sementara itu, wartawan Astro Arena, Fina Nasrom menerusi satu ciapan di X pula Memaklumkan bahawa…

2 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Kumpul Duit Selama 3 Tahun, Peniaga Apam Balik Beli Rumah Guna Duit Syiling [Video]

Menurut Diana duit syiling tersebut telah dikumpul oleh peniaga apam balik berkenaan selama tiga tahun…

2 hours ago