Umum mengetahui kerajaan baru-baru ini telah melancarkan Program Sustainablity Achieved via Energy Efficiency (SAVE) 3.0 iaitu penawaran baucar e-rebat sehingga RM400 untuk pembelian peralatan elektrik cekap tenaga.
Program ini merupakan kesinambungan daripada program SAVE 1.0 dan SAVE 2.0 yang pernah dilaksanakan pada tahun terdahulu.
Ia sebagai satu usaha kerajaan untuk menggalakkan orang ramai beralih kepada produk elekrik yang jimat tenaga sekaligus menyumbang kepada penjimatan bil elektrik.
Namun berbanding Save 2.0 yang hanya menawarkan e-rebat sebanyak RM200 untuk pembelian penyaman udara atau peti sejuk, Program Save 3.0 dilihat lebih menarik apabila kerajaan menawarkan penambahan pilihan kategori peralatan sekaligus menyaksikan penambahan jumlah e-rebat sehingga RM 400.
Apakah syarat kelayakan memohon baucar ini? Adakah ia hanya untuk mangsa banjir sahaja?
Tidak. Sebenarnya program ini terbuka kepada setiap isi rumah di Malaysia yang layak. Namun mangsa banjir akan diberikan baucar rebat tambahan melalui Bantuan Rebat Pembelian Peralatan Elektrik Akibat Banjir SEDA RM500.
Untuk setiap isi rumah, syarat kelayakannya adalah seperti berikut:
1. Rebat ini terhad kepada satu akaun sahaja untuk pembelian untuk 2022 berdasarkan konsep ‘siapa cepat dia dapat’.
2. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang memiliki akaun elektrik tarif domestik berdaftar dengan syarikat-syarikat utiliti seperti TNB, SESB, SEB dan NUR Power.
3. Mereka yang sudah menerimae-rebat SAVE 2.0 juga layak memohon namun anda hanya dibenarkan menebus baucar untuk kategori dua sahaja.
4. Pembelian barangan elektrik cekap tenaga ini boleh dilakukan secara online menerusi Shopee, Lazada dan PG Mall.
5. Selain secara online, penebusan dan pembelian juga boleh dilakukan di kedai atau pasar raya yang berdaftar. Anda boleh rujuk pada senarai kedai terpilih di sini.
Seperti foto di atas, terdapat dua kategori di bawah Program SAVE 3.0, iaitu :
Kategori 1 : Untuk peti sejuk dan penghawa dingin.
Kategori 2 : Televisyen, mesin basuh, ketuhar gelombang dan pemasak nasi (rice cooker).
#1 Untuk menebus di aplikasi Shopee, tekan pada pautan di sini atau copy paste pautan di bawah ke browser anda :
https://shopee.com.my/m/program-save?
#2 Kemudian, pilih produk yang disenaraikan. Pastikan ia mempunyai tag ‘SAVE 3.0’.
#3 Mesej penjual tersebut dan mereka akan membantu anda untuk mendapatkan baucar.
#4 Sebaik diluluskan, penjual terlibat akan memberikan anda kod baucar dan boleh terus tekan “Shop Vouchers” serta masukkan kod tersebut semasa melakukan ‘Check Out’.
#1 Untuk menebus di aplikasi Lazada, tekan pada pautan di sini atau copy paste pautan di bawah ke browser anda :
https://www.lazada.com.my/program-save?
#2 Semak imbas dan pilih item yang disenaraikan. Pastikan ia mempunyai tag ‘SAVE 3.0’.
#3 Mesej penjual tersebut untuk memohon e-baucar SAVE3.0
#4 Klik (Hantar Produk) & hantar “I Want Save 3.0 Voucher”
#5 Lengkap butiran seperti yang diminta. Sekiranya diluluskan penjual akan berkongsi pautan baucar kepada anda.
#6 Klik pautan baucar, check out dan dapatkan penjimatan RM400!
Sebagai info, penebusan dan pembelian Program SAVE 3.0 ini boleh dibuat bermula 7 Januari sehingga Disember 2022 berdasarkan konsep ‘siapa cepat dia dapat’.
Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.
Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.
Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…
Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…
Menurut KPD Seremban, kemalangan terbabit melibatkan mangsa penunggang motosikal berusia 44 tahun dan pemandu wanita…
Menerusi video, turut kelihatan Perodua Ativa itu mengekori kereta peronda sewaktu jalan sesak sebelum ditegur…