Bos Mydin Jangka Harga Makanan Kering Bakal Naik Tahun Ini

Isu kenaikan harga barang bukan lagi satu perkara baru di negara kita. Isu ini sudah sekian lama menjadi salah satu topik yang banyak dibangkitkan dan dibincangkan di media sosial mahupun di kedai kopi.

Jika tahun lalu kita kita hangat membincangkan mengenai kenaikan harga barangan basah seperti ayam telur dan sayur, kini terdapat bayangan yang harga makanan kering pula dijangka meningkat pada tahun ini.

Menerusi laporan Sinar Harian, pemilik rangkaian pasa raya besar Mydin, Datuk Wira Ameer Ali Mydin menjangkakan harga barangan makanan kering seperti biskut, sardin dan serbuk koko akan meningkat di antara 8 – 10%.

Peningkatan sebab harga bahan mentah dan kos logistik

Jelas Ameer Ali, pihaknya dimaklumkan oleh banyak pengilang bahawa harga barang akan naik memangkan terdapat peningkatan dari segi harga bahan mentah dan kos logistik.

“Kita telah diberitahu oleh ramai pengilang bahawa barang akan naik sebab tertentu (seperti) harga bahan mentah dan kos logistik telah naik,” jelas beliau.

Harga pakaian juga meningkat

Bukan itu sahaja, beliau turut menjangkakan harga pakaian seperti baju akan turut meningkat dari 10-15% disebabkan isu sama.

Ini disebabkan penjual sebelum ini menjual barangan yang sudah tersedia ada, namun dengan kemasukan bahan baharu, harganya juga akan turut naik.

Kenaikan harga barang ini pastinya akan memberi impak besar terhadap kos sara hidup rakyat khususnya mereka yang terdiri dari golongan B40 dan juga M40.

Barang basah mungkin kekal

Namun disebalik peningkatan tersebut, beliau menjangkakan harga barangan basah akan kekal dan stabil seperti sedia ada.

“Barang basah ini ada rantaian bekalan (contohnya jika berlaku) banjir. Semua ini menyebabkan barang naik harga,” katanya lagi.

Mengakui kenaikan barang makanan kering dan pakaian ini tidak ada kena mengena dengan kerajaan sebaliknya ada kaitan dengan perdagangan antarabangsa, Ameer bagaimanapun menyarankan pengguna agar bijak berbelanja selain mengawal perbelanjaan.

“Kita ini (terlibat dengan) perdagangan antarabangsa. Jangan kita salahkan kerajaan. Tidak ada kena mengena dengan kerajaan. Apa yang penting adalah kerajaan membantu.

“Kita ada pilihan. Daripada kita beli barang yang mahal sikit, kita cari barang yang murah. Contohnya, biasa kita beli baju jenama A yang mahal, sekarang kena beli jenama B yang tidak berjenama.

“Kita kena pandai, bijak cari barang yang kita mampu. Kerana anda tidak ada pilihan. Barang itu akan naik, gaji anda tidak naik. Kalau gaji anda naik pun, ia tiga hingga lima peratus tetapi barang naik 10 peratus,” kata beliau lagi.

 

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

7 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

7 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

7 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

8 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

9 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

10 hours ago