Malaysia Ke-2 Tertinggi Di Asia Untuk Kes Buli Siber Di Kalangan Remaja

Umum pasti mengetahui masalah buli siber di dalam negara semakin lama semakin membimbangkan.

Berbanding buli secara tradisional yang dilakukan secara bersemuka, gejala buli siber ini  mempunyai kesan segera dan meluas memandangkan serangan pembuli boleh berlaku selama 24 jam sehari tanpa henti dengan kapasiti yang luas.

Buli siber juga tidak mengenal mangsa, baik golongan selebriti, ahli politik, ahli perniagaan malahan golongan belia.

Terbaharu, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) melaporkan Malaysia berada pada kedudukan kedua tertinggi di Asia pada 2020 bagi perbuatan buli siber dalam kalangan anak muda.

Menurut penyelidik mengenai buli siber belia Jessie Yong, keadaan ini mungkin berlaku disebabkan penggunaan media sosial secara meluas yang secara tidak langsung menggalakkan perbuatan buli siber dan sikap buruk dikalangan pengguna media sosial, lapor Bernama.

Selain itu, tingkah laku ini mungkin berpunca dari perasaan tidak gembira si pembuli gara-gara keperluan asasnya tidak dipenuhi.

Ini berpandukan Choice Theory yang dibangunkan pakar psikiatri Amerika Syarikat (AS) yang menyatakan bahawa manusia mempunyai lima keperluan asas yang menggerakkan tingkah laku (pilihan mereka).

Menurut Teori Pilihan Glasser, keperluan itu berkisar kepada aspek kelangsungan hidup, isu kepunyaan (untuk menyayangi, disayangi dan harga diri), kuasa, kebebasan dan keseronokan.”

“Apabila satu atau lebih keperluan asas ini tidak dipenuhi, mereka mungkin menggunakan buli siber sebagai platform bagi memuaskan keperluan itu. Itu sebabnya kes buli siber tidak hanya dilakukan oleh golongan belia sahaja, tetapi turut membabitkan orang dewasa.”

Kata Jessie kepada Bernama

Jessie menerusi satu webinar ‘TalkSpace’ yang berlansung pada 29 Disember sebelum itu mendedahkan kajian mendapati  mereka yang melakukan buli siber sebenarnya mengalami kadar kesunyian tinggi. 

Jusreru mereka menjadika tingkah laku buruk itu untuk meraih perhatian orang lain.

“Ini disebabkan kekurangan kasih sayang ahli keluarga dan masyarakat di sekeliling mereka. Membuli dalam talian adalah usaha mereka untuk meraih perhatian daripada orang asing.”

Sebagai info, buli siber bukan sahaja berlaku di negara kita malahan di seluruh dunia.

Peka dengan malah tersebut, banyak platform yang mula mengambil pantas bagi membendungnya antaranya Youtube yang kini menyembunyikan jumah dislike pada video selain aplikasi seperti TikTok dan Instagram yang kini tampil dengan fungsi pantas untuk memadam komen jelik yang ditinggalkan orang ramai.

Malah kerajaan menerusi CyberSecurity Malaysia, sebuah agensi keselamatan siber kebangsaan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia difahamkan sedang dalam usaha menggubal undang-undang khusus mengenai buli siber ini.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

10 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

11 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

11 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

11 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

13 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

13 hours ago