BAM Restui Impian Zii Jia Jadi Pemain Profesional

Kemelut yang melanda pemain badminton no 1 negara, Lee Zii Jia bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dilihat bakal berakhir dalam masa terdekat selepas jaguh badminton itu mengadakan pertemuan bersama Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.

Zii Jia menerusi satu perkongsian di Instagram memaklumkan yang dia bersama kedua ibu bapanya telah mengadakan pertemuan dengan Norza bagi membincangkan masa depan pemain tersebut.

Yang menariknya, pertemuan ini berhasil dengan keputusan yang memihak kepada kedua-dua pihak khususnya Zii Jia apabila BAM dan Norza kini merestui hasrat Zii Jia untuk menjadi pemain profesional.

“Saya berbesar hati untuk mengadakan pertemuan peribadi dari hati ke hati dengan Presiden BAM, Tan Sri Norza Zakaria bersama ibu bapa saya. Saya gembira kerana kami kini menyelesaikan isu ini dengan BAM selepas mendapat restu Tan Sri untuk menjadi pemain profesional.

“Pencapaian masa lalu dan masa depan saya akan sentiasa menjadi produk Tan Sri Norza, BAM dan Malaysia.

“Saya sentiasa bersyukur kerana Tan Sri melatih, mengasuh dan memberi saya peluang untuk terus berkhidmat kepada negara yang saya cintai.

“Pada masa ini, saya akan komited untuk Kejohanan Berpasukan Asia. Saya harap kesimpulan ini menyatukan kita sebagai rakyat Malaysia dan Peminat Badminton.

“Teruskan menyokong BAM dan juga pemain profesional negara yang turut diasuh oleh BAM kerana pada akhirnya kita adalah satu,” tulis Zii Jia panjang lebar menerusi hantaran berkenaan.

Mesyuarat yang positif

Dalam pada itu Timbalan Presiden BAM, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos dalam satu sidang akhbar di Akademi Badminton Malaysia turut mendedahkan pertemuan tersebut menunjukkan petanda yang positif, lapor Malaysian Reserve.

Mereka menjangkakan akan membuat pengumuman rasmi dalam masa seminggu. Namun beliau optimis apa yang disampaikan adalah memberikan kebaikan kepada kedua-dua pihak.

Terdahulu BAM mengambil keputusan ‘menggantung’ pemain ranking ke-7 dunia itu dengan tidak mendaftarkannya dalam mana-mana kejohanan bagi tempoh dua tahun berkuatkuasa 18 Januari selepas dia membuat keputusan keluar dari badan induk berkenaan.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Hujan Lebat Punca Kejadian Kepala Air Di Lata Iskandar – Bomba

Menurut Sabarodzi, tiada mangsa yang terlibat dan tidak menyebabkan berlakunya banjir atau pemindahan penduduk setempat.

7 mins ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tahun Terakhir Saya Sebagai Penyanyi” – Aliff Syukri Umum Undur Diri Dari Dunia Nyanyian

Menurut usahawan terkenal itu, dia sudah putus asa dan mahu memberikan peluang kepada artis-artis baharu…

15 hours ago
  • Trending

Lelaki Handsome Bila Berduit? Ini Pendapat Golongan Wanita [Video]

Topik ini mula timbul selepas video seorang influencer TikTok bertanya kepada beberapa individu apakah definisi…

15 hours ago
  • Trending

Kejadian Kepala Air Di Lata Iskandar Cetus Kerisauan Ramai [Video]

Menurut Amsyar, insiden dirakam kira-kira jam 7.40 pagi pada 13 Mei ketika dia menuju ke…

16 hours ago
  • Trending

Penunggang Motosikal Dikecam Selamba Rosakkan Cermin Sisi Ativa Ketika Di Jalan Raya [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan penunggang motosikal terbabit memukul cermin sisi kereta Ativa berkenaan dan menyebabkan…

17 hours ago
  • Trending

“Maaf Hanya Mampu Bawa Pergi Kedai Eco” – Lelaki Bawa Ibu Pergi Kedai RM2 Sempena Hari Ibu Raih Perhatian [Video]

Melalui video yang dikongsikan itu, kelihatan ibu pemuda berkenaan dilihat sedang memilih bunga perhiasan serta…

19 hours ago