Berdepan Masalah Bekalan Kentang Goreng, McDonald’s Henti Penjualan Set Saiz Besar

Salah satu makanan kegemaran orang ramai setiap kali berkunjung ke McDonalds pastinya adalah french fries mereka. Disebabkan itu ramai memilih untuk upgrade set makanan mereka kepada saiz yang lebih besar bagi mendapatkan lebih banyak kentang goreng.

Namun menerusi satu hantaran yang dilakukan di media sosial, francais restoran makanan segera itu mengumumkan akan menghentikan penjualan set makanan bersaiz besar buat sementara bermula dari 24 Januari 2022.

Oleh itu pelanggan hanya boleh memesan set bersaiz medium sahaja buat masa ini. Ini kerana mereka mereka sedang berdepan masalah bekalan kentang goreng.

Meskipun tidak mengumumkan sebarang tarikh, McDonalds bagaimanapun berjanji set besar tersebut akan kembali tidak lama lagi.

Turut berlaku di negara lain

Apa yang mengejutkan, kejadian ini bukan hanya berlaku di Malaysia sebaliknya di beberapa negara lain.

Jepun turut berdepan perkara sama, di mana mereka kini hanya menjual set fries bersaiz kecik sahaja.

Isu ini difahamkan ada kaitan dengan kelewatan rantaian bekalan di Vancouver, Kanada yang merupakan tempat asal sayuran tersebut.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago