“Saya Tidak Berniat” – Vida Mohon Maaf Kepada Anuar Zain [Video]

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida tampil memohon maaf secara terbuka kepada penyanyi terkenal, Anuar Zain susulan isu video yang tular baru-baru ini.

Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman yang tampil menerusi satu video di Instagram turut memohon maaf kepada kakak Anuar, Ziana Zain dan semua pihak yang terguris dengan kenyataannya.

Jelas Vida, dia sama sekali tidak bermaksud untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian sebaliknya mungkin terlepas cakap tanpa sengaja.

“Assalamualaikum semua, saya Datuk Seri Vida memohon maaf atas kekhilafan, kekeliruan dan mungkin perkataan saya yang mengguris hati banyak pihak.

“Peminat dan keluarga Anuar Zain, saya mohon maaf banyak-banyak. Saya tidak bermaksud dan berniat, mungkin terlepas cakap malah gurauan tanpa sengaja.

“Saya tidak boleh mengingati semula apa yang saya cakap kerana perkara itu sudah lama sebenarnya. Baru sekarang ini muncul, jadi apa pun saya minta maaf. Tidak berniat langsung dan saya meminati sangat Anuar Zain,” kata Vida menerusi video tersebut.

Dia yang kelihatan begitu sebak sewaktu membuat permohonan maaf tersebut turut meluahkan hasratnya untuk bertemu dengan Anuar secara peribadi.

“Apapun saya minta maaf, tak berniat langsung dan saya meminati sangat-sangat Anuar Zain. Saya minat (lagu) Lelaki Ini. Tapi jadi kekeruhan begini. Kekalutan.

“Apa lagi yang saya dapat ucap melainkan saya memohon maaf banyak-banyak buat rakyat Malaysia, Anuar Zain, keluarga Zain.

“Maafkan saya, Datuk Seri Vida. Saya harap sangat dapat berjumpa secara peribadi dengan Anuar Zain. Hajat besar dan projek besar ada, Insya-Allah,” kata Vida lagi.

Usahawan tersebut bagaimanapun dilihat menutup ruangan komen pada akaun Instagram miliknya dipercayai bagi mengelakkan hal tertentu berlaku.

Terdahulu tular di TikTok sebuah klip video pendek memperlihatkan Vida sedang menjawab pertanyaan netizen yang memintanya untuk mendekati penyanyi bersuara merdu itu.

Namun Vida dalam nada berbisik seakan-akan menyebut perkataan yang tidak sepatutnya yang kedengaran seperti ‘gay’ sehingga mengundang rasa tidak puas hati orang ramai.

Tindakan tersebut turut menaikkan kemarahan Ziana yang menempelak Vida sebagai biadap.

Vida bagaimanapun kemudiannya tampil menjelaskan bahawa dia sebenarnya menyebut “okay” dan bukannya “gay”.

Baca artikel berkaitan :

Recent Posts

  • Trending

“Misi Cari Makan Free” – Lelaki Didakwa Main Terjah Majlis Kenduri Kahwin Tanpa Dijemput [Video]

Tindakan dua lelaki berkenaan yang didakwa melakukan 'wedding crash' telah mengundang kecaman ramai.

10 mins ago
  • Dunia
  • Trending

Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…

1 hour ago
  • Trending

Pelanggan Terkejut Ada Katak Dalam Lemang [Video]

Menerusi video, pelanggan kelihatan seperti tidak mempercayai terdapat bangkai katak di dalam lemang yang baru…

2 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

3 days ago