‘Kami Tak Tidur’ – Gadis Terselamat Dari Keracunan Gas Dalam Kereta 2 Tahun Lalu Akhirnya Buka Mulut

Jika anda ingat sekitar September 2020, berlaku satu insiden menghayat hati membabitkan 4 sahabat apabila 3 dari mereka meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan pulang ke Sungai Petani dan Gurun Kedah akibat keracunan karbon monoksida.

Insiden yang menggemparkan seluruh negara itu berlaku sewaktu keempat gadis ini sedang berhenti rehat di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Sama Gagah, Butterworth selepas bercuti di Pulau Jerejak, Pulau Pinang.

Individu yang paling terkesan ekoran dari insiden tersebut pastinya Nor Aqilah Mohd Safwan apabila kehilangan kembarnya Nor Adilah dan dua lagi sahatnya iaitu Sharifah Fariesha Syed Fathi dan Ayuni Shazwanie Shabri dalam sekelip mata.

Baca artikel berkaitan : Mangsa Ketiga Kes Lemas Tidur Dalam Kereta Meninggal Dunia, Polis Syaki Kebocoran Di Ekzos

Terbaharu selepas hampir 2 tahun berlalu, Nor Aqilah yang merindui kepergian 3 teman rapatnya itu akhirnya tampil berkongsi kepada orang ramai apa sebenarnya yang terjadi pada hari kejadian.

Dia menerusi TikTok tampil memuat naik beberapa video untuk berkongsi kronologi kejadian sebenar yang boleh dikatakan agar bercanggah dengan apa yang dilaporkan sebelum ini.

@qillmyname

Just to remember ‘)

♬ best buddies x traitor – ejaeja

Tidak tidur, tidak penat

@qillmyname Reply to @raiden10m ♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar

Menurut Aqilah, sebelum kejadian mereka sebenarnya tidak tidur, malah kesemua mereka langsung tidak kepenatan.

Bahkan tujuan mereka berhenti di stesen minyak tersebut hanyalah untuk membeli makanan dan minuman sahaja. Dua rakannya kemudian turut membeli makan, namun disebabkan tidak ‘cukup tangan’, Aqilah kemudian turut turun untuk membantu mereka.

Tambahnya lagi, mereka kemudian masuk ke kereta dan berbual sesama sendiri sebelum dia tiba-tiba terasa pening lalu bersandar di tempat duduk.

“Kami on the way balik ke rumah masing-masing lebih kurang pukul 8 malam macam tu. Sampai dekat Shell Sama Gagah dalam pukul 8.40 malam. Sahabat saya, Fariesha dan Ayuni turun untuk beli makan dan minum sebab lapar. Tak ada rasa mengantuk ke apa pun.

Start sampai tu kakak (pemandu) dah start rasa pening. Disebabkan tak cukup tangan nak bawa barang, saya pun turun. Lepas ambil makanan, terus masuk kereta untuk makan, and then kitaorang ada borak kejap. Time tu saya rasa pening yang terlampau sangat, saya letak makanan dan terus bersandar,” kata Aqila.

@qillmyname Reply to @jue1110 ♬ Kamu Dalam Kenangan – LeeSG

Sedar-sedar sudah berada di hospital

Sebaik membuka mata dia mendapati dirinya sudah berada di hospital. Tambahnya dia langsung tidak menyedari apa yang terjadi sehinggalah mendapat perkhabaran dari kedua ibu-bapanya.

Namun menurut wanita ini, dia sewaktu tidak sedarkan diri kerap bermimpi akan kakaknya yang memberitahu dia sedang pengsan di pulau.

Recent Posts

  • Info

Akaun 3 KWSP Dah Bermula, Ini Cara Pindahkan Wang Ke Akaun Fleksibel [Video]

Pemindahan wang simpanan ke dalam Akaun Fleksibel boleh dilakukan bermula kelmarin (12 Mei) hingga 31…

5 mins ago
  • Trending

Pemuda Kongsi Pengalaman Selepas Disahkan Hidap Kanser [Video]

Menurut pejuang kanser itu dia mengalami rasa sakit di bahagian tulang belakang bagi tempoh yang…

10 mins ago
  • Trending

Angkat Takbir Sebut ‘Alalikabung’ Bukan ‘Allahu Akbar’ Apa Hukumnya? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, umat Islam yang mampu menyebut di dalam bahasa Arab (Allahu Akbar)…

55 mins ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: Mahu Pertahan Diri, Daiyan Trisha Dedah Beri Sumbangan RM100,000 Untuk Palestin

Bagi Daiyan, setiap orang mempunyai cara tersendiri dalam menunjuk dan menyuarakan sokongan terhadap Palestin.

1 hour ago
  • Trending

Tersenarai Dalam ‘Blockout’, Nadhir Nasar Mohon Maaf & Beri Penjelasan

Menurut Nadhir, cubaan menamatkan kontrak sebelum tamat tarikh akan memberikan impak seperti denda, penalti wang…

2 hours ago
  • Trending

“Nak Try Je, Kawan Cakap Lepas” – Tular Wanita Didakwa Edit Resit, Cuba Tipu Peniaga Pasar Malam

Wanita itu berkata bahawa dia jarang berbuat demikian dan hanya ingin mencuba selepas salah sorang…

2 hours ago