9 Bulan Menanti, Anak Taleeb Mizad Meninggal Dunia Dalam Kandungan

Siapa sangka selepas 9 bulan menanti, penyanyi dan influencer Taleeb Mizad bersama isteri, Juliana Nazarudin terpaksa akur dengan takdir Maha Esa apabila bayi ketiga mereka meninggal dunia di dalam kandungan.

Khabar duka tersebut dikongsikan Taleeb menerusi satu perkongsian di Instagram miliknya.

“Wahai zuriat kami yang dikasihi, ummi dan papa tak akan pernah berhenti mencintai, mengasihi dan menyayangimu wahai Siti Khadijah Binti Abdul Muttaleeb. Jumpa di syurga sayang.”

Menurut Taleeb, isterinya selesai melahirkan arwah adik Siti Khadijah dalam keadaan tidak lagi bernyawa pada jam 5.52 petang, 9 Februari 2022

Difahamkan arwah anaknya selamat dikebumikan semalam, 10 Februari 2022 pada jam 5.52 petang, tepat 24 jam selepas bersalin.

Taleeb menerusi sau lagi hantaran berbeza telah berkongsi video sewaktu majlis pengebumian anak ketiga mereka itu.

Berterima kasih kepada kenalan yang hadir dan tanpa henti bertanya khabar, Taleeb yang juga Presiden Kelab Peminat Manchester City Malaysia itu turut meminta orang ramai agar menyedekahkan bacaan Al-Fatihah untuk anaknya itu.


“Alhamdulillah selesai sudah pengebumian arwah Siti Khadijah binti Abdul Muttaleeb harini pada bulan Rejab, bulan Allah. Terima kasih buat semua rakan, keluarga, kenalan, sahabat yg bersama kami waktu pengebumian, dan juga yang mendoakan kami di semua platform sosial media.

“Moga Allah beri kekuatan & ketabahan buat kami menghadapi hari mendatang. Moga Allah mengaturkan perkara kebaikan & hikmah dalam setiap urusan kami yg mendatang sama ada di dunia & di akhirat.

“Mohon sedekahkan surah Al Fatihah buat arwah Siti Khadijah Binti Abdul Muttaleeb,” kata Taleeb lagi.

Dipercayai lemas dalam perut

Menurut Taleeb, arwah anaknya itu yang sudah cukup 9 bulan meninggal dunia beberapa jam sebelum dilahirkan akibat lemas.

“Anak kami meninggal masa dalam perut, 9 bulan cukup hari dah. Sepanjang 9 bulan kami jaga baik-baik semuanya dalam keadaan normal. Kandungan sihat, isteri pun sihat. Namun beberapa jam sebelum kelahiran, dia lemas dalam kandungan.

” Ada dua kemungkinan, sama ada lemas sebab najis yang memenuni kandungan atau terbelit tali pusat. Saya menangis bersendirian di hospital sebaik mendapat perkhabaran dari doktor.

“3 doktor yang bertugas dah sahkan memang tiada degupan jantung dari bayi. Waktu tu isteri saya sedang menahan sakit di wad bersalin.

“Isteri saya sangat hebat dan kuat. Saya kesian tengok dia kerana melahirkan anak yang sudah tidak bernyawa,” kata Taleeb kepada BuzzKini.

Sekali lagi takziah kami ucapkan kepada Taleeb dan isteri di atas pemergian cahaya mata ketiga mereka. Semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini.

Pelantun lagu ‘Restu Cinta’ ini mendirikan rumah tangga dengan isterinya Juliana pada 22 Jun 2013. Mereka kemudian telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Emre Darwish, 8, serta Ifra Mikayla, 4.

Recent Posts

  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

54 mins ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

2 hours ago
  • Trending

Panas Dakwaan Logo Ada Kalimah Allah, Rupanya Johor Pernah Larang Penjualan Barang We Bare Bears

Keputusan fatwa mengenai larangan penjualan dan penggunaan barang 'We Bare Bears' di Johor dikeluarkan Jawatankuasa…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Anjing Kejar Budak Hingga Nyaris Digilis Berjaya Ditangkap MPM, Rupanya Haiwan Bertuan

Menurut pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM), anjing yang mengejar kanak-kanak berkenaan mempunyai permit dari MPM…

5 hours ago
  • Trending

“Misi Cari Makan Free” – Lelaki Didakwa Main Terjah Majlis Kenduri Kahwin Tanpa Dijemput [Video]

Tindakan dua lelaki berkenaan yang didakwa melakukan 'wedding crash' telah mengundang kecaman ramai.

6 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…

7 hours ago